THE COCOON ™: ::Jom Mengurat via SMS::
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

18 October 2011

::Jom Mengurat via SMS::

Setiap orang menggunakan hp untuk berkomunikasi atau mengurat. hahahah tapi bagi sesetengah orang memang susah kalau nak ngurat pakai hp ni. Zaman makin maju, jadi kurang la nak mengurat dengan berdepan kan? Lepas dah ayat kat sms atau hp, pastu baru la jumpa dan ayat waktu tu gak. Kat sini aku kongsikan beberapa teknik untuk mengurat dengan hanya menggunakan sms saje. Selamat mencuba.


Jangan terlalu Seksual (untuk permulaan)
Asal sms nak melucas, phonsex la dan sebagainya. Tak betol gitu walaupun memang kita tahu hakikat orang nak melucas tu memang ada tapi bergantung pada niat. Creepy weh kalau terus gitu. Atas sebab alasan tu jugak orang takkan layan la sangat tapi kalau perempuan yang sms kat laki macam tu, memang tak tolak rezeki la dan vice versa. Kat sini sms la sekadar macam bertanya khabar atau sebagainya. Macam mana kita berbual, macam tu juga kita sms. Jangan berbaur lucah sudah.

Pastikan  ringkas 
Bila kita hantar sms, pastikan takde panjang sampai 400 patah perkataan. hahaha tapi juga hp yang support lebih dari 160 patah perkataan kan? Bukan ape, kalau panjang sangat nak membaca tu lama dan nak membalas pon lama la. Kat situ jangka masa komunikasi jadi lama. Nak tunggu orang balas silap-silap tertido lak kan dan jadi bosan. Ringkas tapi jangan terlampau ringas sangat.
Mengusik dan bergurau
Sape tak suka kalau kena usik-usik manja gitu kan? Contohnya cakap la nak anta bunga ke ape, walaupun jauh atau dekat tapi sekadar usikan gitu dan bergurau untuk buatkan si dia ketawa. Ketawa itu penawar duka dan boleh mengekalkan perhubungan tu. Kalau nak serius je memanjang, nak gentleman je memanjang tak shiok jugak kan? Tapi jika kita nak usik dia pon dia leh terima, dia usik kita balik pon kita kena terima gak. Jangan duk hanginnn hahahhaa, komunikasi dalam 2 arah. Penting tu.

Bukan Sekadar di talian
Jangan nak sms je, kalau boleh jumpa, pergi jumpa. Tu lagi bagus. Walaupun amik masa jugak kan nak menyusaikan diri, malu ke, segan ke, blind date ke ape, takde alasan untuk itu. Kalau tak yakin, ajak la kawan teman ke ape. Bila dah jumpa, kita dah tahu macam mana dengan orang kita selalu sms tu kan. Takde la sampai tak kenal langsung. Nak cuba? silakan silakan

Pastikan Humor yang sesuai
Jadi pelawak sekali sekala? Boleh tapi jangan keterlaluan. Ada yang takleh terima dan ada yang leh terima lawak-lawak buduh yang kita buat. Macam mana nak tahu? Dalam kita sms tu, selitkan sikit unsur humor. Sekurang kurangnya dia ketawa, dia gelak dan happy dengan kita. Yang penting jangan sampai kita singgung perasaan dia dengan lawak yang tak kena tempat dan jangan sampai nampak kita ni buduh-buduh kayu gitu hahahah

Jangan mesej banyak-banyak leh takk?
Kita call, tak angkat. Kita sms tak berbalas. Buat sampai seratus ribu juta kali pon tak berbalas dan tak terangkat-angkat panggilan yang kita buat. Tunggu dulu. Sabar... sabar... tu yang penting. Kita tak tahu apa masalah dia kat sana kan? Jadi elakkan dari berpikiran negatif. Positifkan minda dan hati kita. Tunggu la dalam sehari dua dan bagi peluang dia respon. Tindakan yang kita tak patut buat boleh menjengkelkan orang lain oleh tu, hadkan teks yang kita hantar atau hadkan panggilan jika tindakan kita tu buat dia tak respon. Mungkin lepas tu dia ada alasan nak explain.

Masa adalah Hak korang
Si dia kerja? belajar? haaa.. kalau tak tahu, cuba ambik tahu sikit. Jangan tanya terlalu detail sangat. Cukup la dia bgtahu "ye, saya kerja di sini, ye saya study kat sini." Tahu pukul brape abis kelas, satu kelas brape kali, bila abis kerja, OT ke ape kan. Boleh tanya tapi tanya dengan cara yang lebih berhemah. Bila si dia bosan waktu kerja atau ada kelas, mesti dia akan sms " bosan ar" dan sebagainya. Gitu la contohnye kan. Satu lagi tip yang aku leh share kat sini, elakkan menghantar sms kalau dia tengah lepak dengan kengkawan dia ke ape bukan ape, kalau kita tengah lepak dengan kengkawan, sembang benda-benda best, tapi terganggu dengan sms atau panggilan. Jadi tak kusyuk la nak berbual dengan kengkawan ke ape kan. Boleh tapi kurangkan je. Tak elok buruk sangka hahahaha

Jangan kelirukan mesej dengan "shortform"
Mesej tu bagus tapi kalau terlalu singkat sangat, bukan boleh paham. Untuk aku sendiri kan, kalau kita tengok la kat facebook tu, Bahasa Melayu jadi macam bahasa haramjadah. hahaha. Nak mengunnakan singatan dalam perkataan tu boleh kalau nak menjimatkan jumlah perkataan dalam seseuatu mesej tapi kalau terlampau singkat, orang pon tak paham. Jadi gunakan bahasa anda dengan berhati-hati sebab BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA, USUL MENUNJUKKAN ASAL!!!

Nawaitu 
Niat. Ye betol tu. Niat tu yang penting. Ada orang yang salah gunakan semua ni sekadar untuk main-main atau sebagainya. Kalau bagi pasangan yang duduk dekat, sms pon sekadar tanya yang ringkas-ringkas je. Tapi kalau yang berjauhan, sms dan panggilan telefon juga yang jadi pengubat rindu. Untuk mengurat-ngurat ni, tetapkan niat dengan betul. Ada yang jatuh cinta dari sms, ada yang jatuh cinta dari chatting dan sebagainya.Cinta yang tuhan bagi tu adalah nikmat untuk kita. Bukan untuk disalah guna. Okey. Sekadar tip untuk dikongsi. Dah cuba atau belum? hahahah
FootNote ~ Tulisan gaya santai. hahahaha macam merapu tapi tu la hakikatnya.

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here