THE COCOON ™: Terserlah Ke[AYU]an berblog
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

11 December 2011

Terserlah Ke[AYU]an berblog

hahaha cik minyak wangi iaitu Miss Dolce meninggalkan jejak dengan mengatakan aku addicted blogging? ywwahh hahaha takde weh mana ada addict sangat pon. Best dapat sharing cerita ke kan, story mory gitu. Semalam member aku ajak keluar. Dia cakap bosan. Aku pon ok je kalau orang nak amik aku. Maklum la kalau kat bandar Johor Bahru ni, hari minggu memang penuh dengan kereta, bukan penuh dengan orang. Aku ingat dia nak ajak aku g makan ke ape, tapi teman dia beli hp. Hampeh hahaha aku tahu la aku pakai handphone nokia berlampu je hihih tapi best gak la kan at least tahu la kat mana dan aku ni jenis buta kayu sangat nak pegi ke bandar. Setakat CS tu tahu la.
Bila aku masuk dalam Holiday Plaza ni, boleh kasi flashback macam kat Komtar Penang je. Patut la ramai orang sebab tempat dalam tu pon lebih kurang macam Plaza Lowyatt tapi Lowyatt lagi grand dan luas la. Kat sini kecik-kecik je. Member aku ni nak menyambar Blackberry Bold pulak tu. Adoii berbulu wess... tapi aku ni niat kuar pon bukan nak beli hp, tapi nak berjalan je. Tengok bandar waktu malam. Memang penuh dengan kereta, jammed, orang bikin jalan.
Dengan takde kerja, aku dengan dia pegi melepak umah member pastu timbul pulak idea gila nak pegi kat tempat-tempat mistik semalam. hahaha gila kan malam-malam cari tempat mistik. Setakat tempat yang aku tahu, kitaorang pegi ronda ke Perkuburan Mahmodiah dengan Villa Nabila je la. Setakat lalu je. Takde pon nak singgah masuk. Tapi balik rumah tu memang aku stay kat luar kejap dalam setengah jam. Habiskan rokok sebatang dulu kemudian baru masuk. Bukan pe, orang tua cakap kalau pegi kat tempat yang kita tak pernah pegi, duduk kat luar tu lama sikit sebelum masuk rumah. Takut nanti ada je yang nak ikut masuk sekali. Mak aihh taip gini pon meremang gak? siang hari? hampeh.

Hari ahad dah rasa macam hari isnin. Bebudak cuti sekolah, patut la citer kartun je banyak memanjang neh. Kan best kalau aku ni budak. Dapat la lepak tengok kartun, takde nak pikir pasal masalah dunia luar. Pikir pasal dunia sendiri ke, imaginary friend ke, bed time story ke kan. hehehe pepon aku still layan Spongebob walaupun tahun depan dah nak masuk angka 3 hahahah

FootNote ~ Keluar bawak kamera tapi tangakap sikit je... adoi.. syiok sangat sampai lupa

6 EDITOR COMPLAINING:

rozeeta rashid said...

tak pe nak masuk angka 3 pun. janji young at heart. hehe.

berani pulak pergi tempat mistik camtu. cari2 sekali dia muncul depan mata mau demam seminggu. haha.

AciDFlynNWraitH said...

yeahh jiwa muda betol tu. hehe, saje pegi best tuu heheeh

sha my heart said...

baru nak masuk 3th the series rupanya..

AciDFlynNWraitH said...

well... life begin at 30 gitu hahahahha

zareliqa afiqa said...

baru nak masuk angka 3..ingatkan baru nak masuk angka 2.hihi :D
*ayat bodek*

AciDFlynNWraitH said...

uishh kalau masuk angka 2, terbaik dah tu... maintain jiwa angka 2 hehe

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here