THE COCOON ™: Sorry : CLOSE
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

22 January 2012

Sorry : CLOSE


Hari ni duduk rumah je sebab takde plan nak pegi mana dan selalunya kalau berhujung minggu memang aku tak pergi mana-mana. Selesa duduk rumah atau lebih baik lagi bersantai kat rumah je. Nak tengok wayang? dah banyak sangat movie aku dah download. Nak karaoke? sorry suara aku memang sumbing lagi pon aku memang tolak tepi kalau nak nyanyi-nyanyi sebab nanti aku akan tergelak sendiri bila dengar sore aku kat speaker tu sampai satu part aku akan cakap, "Iye ke sore aku tu? gila sumbang" hahaha maka dengan tu untuk elak dari kena kutuk atau aku kutuk diri aku sendiri, baik aku tak payah nyanyi tapi kalau dengan alat muzik, tu memang tak tolak sebab aku lebih suka kepada memberi sumbangan bunyi instrumen dari bunyi sore aku. Tu lagi baik.

Bangun lewat walaupun tido awal. Tido awal ke? bagi aku memang aku tidol awal gak la sebab selalunya aku tido lepas dengar azan subuh tapi kali ni aku tido sebelum azan subuh. Kalau tak silap dengan pandangan mata aku di dalam kekelaman malam bilik yang bertemankan cahaya dari monitor pc aku, memang aku pasti aku tido pukul 3 pagi tadi. Kira awal la kan tu. Bangun pon takde lewat sangat sebab memang sarapan aku terus terlepas. Tengok jam dah pukul 11 pagi. Terus dalam kepala otak aku berlegar-legar menu masakan untuk hari ni. Ingat nak wat pajeri nenas je.
Siapkan diri apa yang patut, kemas bilik dan siap-siap nak pegi kedai. Aku rasa Chinese New Year tu esok tapi hari ni suma kedai dah offline. er.. nampak sangat nipunye kalau suma kedai tutup. Ada gak yang bukak tapi takde la sebanyak hari biasa. Meronda-ronda gak aku dalam setengah jam sebab aaku terlupa beli bawang besar dan bawang putih. Jenis aku memang takkan masak kalau takde bahan yang cukup. Nanti tak sempurna rasa gitu. Ye aku paham manusia pon tak semua perfect kan. So aku bukan cakap pasal manusia. Aku cakap pasal bahan makanan yang aku nak masak. Tu perangai aku kalau nak masak ke atau ape ke, aku mesti nak kena bagi benda yang aku nak wat tu kena ada. Kalau tak memang tak akan buat. lapar pon lapar la. Aku makan roti. hahahaha

Menu tengahari aku.... takde la tengahari sebab makan pon dah nak ke petang gak tapi merangkap sebagai tengahari la tu sebab masaknye tengahari dan makan pula dah petang-petang. Oh lupa pada point aku, menu aku hari ni ialah pajeri nenas, telur dadar dengan sup sayur je. Kalau nak makan aku memang tak suka campur benda yang berminyak dengan yang berkuah sup. Memang takleh macam tu. Kalau makan kari.. just kari.. pastu kalau nak makan nanti2, aku akan makan nasi n sup sayur tu lak. Kiranya takde campur2 kalau sekali makan. Benda yang aku ada terpikir, apa hidangan masyarakat cina di Malaysia kalau derang makan besar dengan keluarga petang ni? Saje terpikir. Korang tahu? Bukan apa nak tahu je kan. 
Kesian kat hamster aku 2 ekor tu. Rasa terabai kot sebab duk bz je skang ni. Nak memblogkan diri pon dah jarang-jarang, nak main dengan 2 ekor tu pon dah jarang2-jarang gak cuma makan minum tu aku jaga la gak. Takpe.. nanti jap lagi kite main sama-sama yek. Cuci pe yang patut. Bagi mandi pakai sembur-sembur je. Takde mandi macam mandikan kucing. Esok dah Chinese New Year, malam ni mesti banyak movie kan. Apa lagi... layan je laaaaa

FootNote ~ jom beraktiviti di hujung minggu...

2 EDITOR COMPLAINING:

rozeeta rashid said...

rajin masak eh. boleh jadi chef! hehe. meh nak tolong jagakan hamster tu. comel!!

AcidFlynN WratiH said...

rajin masak? takde la kalau tak masak takleh la makan. hehehe nak jaga ke? kalau nak pegang2 leh je hahaha takut tak berani pegang je eeta neh

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

Loading...

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here