THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

22 September 2008

Hati bak lalang..

0 EDITOR COMPLAINING
Satu perkara yang buat aku tak suka..hati cam sial. kejap ok, kejap tak .. dan pulak yang jenis tak sedar diri. manusia ni ada banyak perangai. ada yang sanggup tikam belakang dan ada yg sanggup berpura-pura baik depan kita tapi sebenarnya jahat tu.. tuhan je yang tahu. aku bukan pe. saje je nak cakap sebab aku penah lalui semua tu. aku dah penah jumpe bermacam-macam orang. bila kita dah terkena sekali, selamanya akan kita ingat akan perbuatan seseorang itu. aku ni kan, cam leh rasa je sama ada orang tu memang betul ikhlas atau memang saje nak main-main. lagi brape hari je lagi aku nak balik kampung. keta adik aku ada masalah sket. kemik hud depan. dia dah risau. aku lagi ar risau takut kalau tak dapat balik kampung. lagi brape hari je lagi. 27 hb aku mula cuti sampai la 5hb. kalau sempat, insya allah aku akan update blog ni.

aku kadang-kadang tension ar. lemas dengan perangai manusia yang takde pendirian tetap, walaupun aku ada gak lalui camtu.. xleh nak wat keputusan... sampai suatu tahap, kita kena wat pilihan yang mana diantara yang terbaik. sesetengan orang, x daat nak menerima hakikat dan yang ni la paling susah skali kalau dah x sedar diri dan xleh nak terima hakikat atas apa yang orang lain perkatakan. bukan senang nak wat keputusan nak pilih yang terbaik. ada gak yang terpaksa lepaskan kebaikan tu dan amik yang tak elok. heheh.. ntah pe yang aku cakapkan ni.

lagi setengah jam lagi aku nak balik. bontot aku dah kebas2 nih...dbaru je aku siap sedut koleksi iklan petronas. hehehehe.. ok la .. lain masa lak aku bebel..

wasalam
Read more

::Putar lidah n otak::

0 EDITOR COMPLAINING
1 If you understand, say "understand". If you don't understand, say "don't understand". But if you understand and say "don't understand". How do I understand that you understand? Understand!


2 .I wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, I won't wish the wish you wish to wish.


3 .Sounding by sound is a sound method of sounding sounds.


4 .A sailor went to sea to see, what he could see. And all he could see was sea, sea, sea.


5 .Purple Paper People, Purple Paper People, Purple Paper People.


6 .If two witches were watching two watches, which witch would watch which watch?


7 .I thought a thought. But the thought I thought wasn't the thought I thought I thought. If the thought I thought I thought had been the thought I thought, I wouldn't have thought so much.


8 .Once a fellow met a fellow in a field of beans. Said a fellow to a fellow, "If a fellow asks a fellow, Can a fellow tell a fellow What a fellow means?"


9 .Mr Inside went over to see Mr Outside. Mr Inside stood outside and called to MrOutside inside. Mr Outside answered Mr Inside from inside and Told Mr Inside to come inside. Mr Inside said "NO", and told Mr Outside to come outside. MrOutside and Mr Inside argued from inside and outside about going outside or coming inside. Finally, Mr Outside coaxed Mr Inside to come inside, then both Mr Outside and Mr Inside went outside to the riverside.


10 .SHE SELLS SEA SHELLS ON THE SEA SHORE , BUT THE SEA SHELLS THAT SHE SELLS, ON THE SEA SHORE ARE NOT THE REAL ONES


11 .The owner of the inside inn was inside his inside inn with his inside outside his inside inn.


12 .If one doctor doctors another doctor does the doctor who doctors the doctor doctor the doctor the way the doctor he is doctoring doctors? Or does the doctor doctor the way the doctor who doctors doctors?
"When a doctor falls ill another doctor doctor's the doctor. Does the doctor doctoring the doctor doctor the doctor in his own way or does the doctor doctoring the doctor doctors the doctor in the doctor's way"


13 .We surely shall see the sun shine shortly. Whether the weather be fine, Or whether the weather be not, Whether the weather be cold Or whether the weather be hot, We'll weather the weather Whatever the weather, Whether we like it or not. watch? Whether the weather is hot. Whether the weather is cold. Whether the weather is either or not. It is whether we like it or not.


14 .Nine nice night nurses nursing nicely.


15 .A flea and a fly in a flue Said the fly "Oh what should we do" Said the flea" Let us fly Said the fly"Let us flee" So they flew through a flaw in the flue.


16 .If you tell Tom to tell a tongue-twister his tongue will be twisted as tongue-twister twists tongues.


17 .Mr. See owned a saw.And Mr. Soar owned a seesaw. Now See's saw sawed Soar's seesaw Before Soar saw See, Which made Soar sore.Had Soar seen See's saw Before See sawed Soar's seesaw, See's saw would not have sawed Soar's seesaw. So See's saw sawed Soar's seesaw.But it was sad to see Soar so sore Just because See's saw sawed Soar's seesaw.
18 Peter Piper picked a peck of pickled peppers.


Did Peter Piper pick a peck of pickled peppers?


If Peter Piper picked a peck of pickled peppers, where's the peck of pickled peppers Peter Piper picked?
Read more

19 September 2008

Spelling (Malaysia Boleh) !!! What MORE can I say!!!!!

0 EDITOR COMPLAINING


Envelope sent by LHDN (Inland Revenue Board)
A True story...
A taxpayer called up the LHDN (Inland Revenue Board) in Terengganu, and
asked for Form B. The LHDN clerk who answered the call asked for the address to send the form to. The conversation goes:
LHDN CLERK : (Can you give me your address?)
TAXPAYER : (Send to Ranhill Worley)
LHDN CLERK : (err... How to spell Ranhill?)

TAXPAYER : 'R.. for Rumah... A for Ayam (Chicken).. N for Nangka (Jackfruit)...
H for Holland (country) ... I for itik (Duck)... L for lain- lain(Others)....'

LHDN CLERK : 'Ok.. nanti kami hantar ke alamat tu' (OK, we will send to that address..)
After waiting for a week, the form arrived - have a look at the address on the envelope!!!




Read more

18 September 2008

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya

0 EDITOR COMPLAINING
Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik
kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main
sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek
jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti
semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung
menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu
kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di
luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga
mesti terlopong
melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti
di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir
sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk
mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz
menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak
kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa
kau buat
tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang
terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik
Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.
Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia
pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan
Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke
bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh
dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu?
Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.
Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik
rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau.
Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu
menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila
mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi
cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab
nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim
terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz
tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi
jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je
boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang
pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!
Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku
makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"
Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku
betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz
menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi
belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok
balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa
boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan
sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!
"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu
dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni
pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik
ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak
ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah
makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"
Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul
berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan
tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz
bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah
dan
ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur
kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah
ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada
gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah
mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.
Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang
raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui
semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi
pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak
raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung
kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah
rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim
lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada
arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di
sana !

moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar



~Jika Anda Terpaksa Menjatuhkan Orang Lain..,Pastikan Orang Itu Bukan Rakan Yang Pernah Menolong Menaikkan Diri Anda.~
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here