THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

23 September 2010

Fever... Gundam Seed Fever...back again.!!

0 EDITOR COMPLAINING
Ntah macam mana tetiba aku dapat demam "General Unilateral Neuro-Link Dispersive Autonomic Maneuver Synthesis System" neh. atau GUNDAM hehehe..ok kat sini aku citer sket asal usul Gundam ni. 


Mobile Suit Gundam SEED (disingkat menjadi Gundam SEED) atau Kidou Senshi Gundam Shiido adalah salah satu anime Gundam yang berlatar belakang di dalam kurun waktu Cosmic Era. Anime yang berjumlah 50 episode ini diterbitkan oleh Bandai Visual dan Sunrise Inc.dan ditayangkan di Jepun sejak tahun 2002. Tu serba sedikit la aku nak citer.


so aku mula terjebak dengan Gundam ni waktu aku study dulu dalam tahun 2004 gitu la. Pinjam set koleksi Gundam Seed 50 kat kawan aku pastu mula la buat Marathon Gundam dari malam sampai pagi. Part yang aku suka pasal Gundam ni Mobile Suit @ Robot tu sendiri, pastu jalan cerita. walaupun ada plot-plot tertentu yang membabitkan pasal penindasan kaum dan sebagainya, bagi aku benda tu boleh jugak kita tengok dari sudut positif sendiri. macam biasa ada pro dan kontranya. kat sini aku bagi plot cerita dia sket.



Plot cerita

Alur cerita Gundam SEED adalah alur cerita yang sebenarnya cukup sederhana, tapi kerana banyak karakter yang terlibat, menjadi cukup rumit untuk diikuti. Cerita dimulai pada tahun Cosmic Era 70, di saat perang antara pihak Bumi (Earth Alliance/OMNI Enforcer) dengan PLANT (ZAFT) memuncak akibat serangan yang dilakukan pasukan Bumi terhadap sebuah PLANT, Junius Seven dengan menggunakan misil Nuklear. Bumi merupakan tempat hidup manusia yang dilahirkan tanpa modifikasi genetik, yang disebut dengan Natural, sementara PLANT merupakan tempat hidup manusia yang dilahirkan dengan modifikasi genetik, yang disebut dengan Coordinator. Sehingga, sebenarnya perang yang disebut sebagai Bloody Valentine War (Chi no Valentine/Perang Valentine Berdarah Pertama) ini adalah perang antara Natural dengan Coordinator.
Seperti halnya siri Gundam lainnya, terdapat beberapa robot yang menjadi "karakter utama" (tentunya selain manusia), yang dapat dipandu oleh manusia (Natural ataupun Coordinator), yang disebut sebagai Mobile Suit. Pihak ZAFT (organisasi tentera koloni luar angkasa/PLANT), yang terdiri atas orang-orang yang memiliki gen yang dimodifikasi sehingga memiliki otak yang lebih cerdas, fizikal yang lebih kuat, serta tidak memiliki penyakit bawaan, memiliki banyak mobile suit. Sementara, pasukan Bumi hanya memiliki pesawat tempur saja, yang disebut sebagai Mobile Armor.
Cerita diawali dengan pencurian beberapa prototipe dari mobile suit yang dikembangkan oleh prajurit Bumi oleh pasukan ZAFT, yang secara diam-diam dilakukan di dalam sebuah koloni luar angkasa yang dimiliki oleh negara netral Orb, Heliopolis. Heliopolis memiliki sebuah tempat yang disebut dengan Morganraete Inc., yang mampu mengeluarkan banyak peralatan tempur serta peralatan tempur berat, meski tidak digunakan untuk bertempur. Mobile Suit yang dikeluarkan oleh pasukan Bumi itu, disebut juga dengan G-ArmamentG, singkatan dari Genesis atau  Genocide, disebabkan memang semua mobile suit (berjumlah 5 buah prototipe) tersebut dimulai dengan kod G, iaitu GAT-X102 Duel Gundam, GAT-X103 Buster Gundam, GAT-X105 Strike Gundam, GAT-X207 Blitz Gundam, serta GAT-X303 Aegis Gundam. Semua prototipe mobile suit tersebut menggunakan sistem operasi yang disebut dengan "General Unilateral Neuro-Link Dispersive Autonomic Maneuver Synthesis System", yang oleh karakter utama dalam cerita ini (Kira Yamato), disingkat menjadi Gundam. Fizikal mobile suit memang telah jadi dan sempurna, tapi tidak dengan sistem operasinya yang masih dalam tahap pengembangan. Dari sinilah cerita bermula.

pepon aku dalam proses download full episode skang totally 10Gb melalui perantara BitTorrent. hehehe. so ..have fun guys.. hahahaha
Read more

22 September 2010

Waiting and keep waiting for interview

0 EDITOR COMPLAINING
     Baru-baru ni aku dapat la satu email dari satu kompeni kat KL area TTDI ni. katanya aku dapat interview kerja pastu dia tunggu la respon aku. sebenarnya jugak aku agak happy la sebab ni la peluang aku nak keluar dari Johor pulak pastu nak menapak kat KL. pergh... jadi orang KL lak hahahah... berangan lebey. yela kan dah dah pusat bandar, so memang aku agak tak sabar nak pegi temuduga tu.

asyik duk baca je email tu berulang kali. haha tatau la nape tapi yang aku tahu aku memang seronok lagi haha.. brape banyak perkataan seronok yang aku nak taip. so lepas tu aku pon survey la mana aku nak tinggal kalau dapat kije ni, berangan pasal gaji la suma kan. dari pada pe yang aku tanya kat kengakawan aku, area TTDI tu memang la tempat yg poket tebal, kawasan Jammed la, dan seangkatan dengannya. aku terpikir nak pegi interview tu dengan pe pulak. dah la bukan aku reti kat kawasan2 tu. nak bawak keta? ampun la.. tak brani aku. kalau ada GPS ok gak la. leh tawakkal. aku pon ada la inform kat sorg dua kawan aku yang kalau takde aral melintang, aku nak ke kl ada interview kija sambil tu boleh la jumpa ke pe kan. dan juga ikut plan aku nak balik kampung gak. memandangkan raya hari tu aku tak dapat balik kampung, so kesempatan ni boleh la aku balik kampung terus.

untuk post yang aku dapat pon leh tahan , IT Executive. hehe dengar pon dah best. huaaaa berangan lagi hahahaha.. tapi tu la post tu untuk HQ kat kl. branch kompeni ni ada kat johor dengan Negeri Sembilan. aku ingatkan dapat la kat johor ni. tapi takpe la. kalau gaji yang nak di bagi tu reasonable, memang aku akan cuba pulak untuk berjuang kat kl ni. harap-harap takde yang tersalah langkah sebab bandar besar-besar gini memang ada jugak yang kecundang tak jumpa jalan. heheheh...

pepon aku akan follow up posting.
Read more

13 September 2010

Manusia tu yang pelik atau aku yang pelik?

0 EDITOR COMPLAINING
Selamat hari raya yang dah masuk hari ke 4. heheh

walaupun raya neh aku tak dapat balik, atau dengan perkataan lain, 1th time tak balik raya, so aku tetap terima dengan redha dan tabah hahaha.. ado.. tabah la sangat. skang aku bukan nak cerita pasal raya tapi aku nak komplen pasal perangai dan sifat manusia yag aku sendiri pon tak paham. atau aku patut request kat dewan bahasa dan pustaka tu supaya tukar definisi manusia tu.

dan yang buat aku pelik lagi manusia yang perangai pelik ni bukan dari golongan kawan-kawan terdekat ke per tapi dari golongan sedara mara sendiri pulak tu, pastu pasal duit lak. adoi.. duit neh boleh mengubah manusia sekejap je. pelik dan ajaib bagi aku sendiri. memang manusia perlukan duit untuk hidup. tapi takkan la sampai duit tu boleh beli jiwa kita sendiri kot? macam silap mata je. hheheheh

adoi. nak menaip pon tak kusyuk sebab ada movie best lak kat Channel 5 neh heheh..kalau diri dah tak rasa nak bersyukur dengan pe yang ada, sentiasa tamak haloba, niat busuk, memang macam ni la jadi nya. aku tak cakap aku ni baik sangat ke pe tapi sekurang-kurangnya takkan la dengan sedarah sedaging pon ko nak hentam duit gak kan. tu yang memelikkan perangai dan tingkah laku manusia neh. setakat ni la kan, dah 2 orang aku jumpa macam tu dah betol aku cakap, kesian. memang kesian sebab dia jadi macam ni. mungkin tak pikir ke depan kot. heheh manusia berjalan ke depan, bukan ke belakang la hahahah

anyway, tu antara dia dengan tuhan la nak settle, kalau tak dapat di bayar dengan cash, aku rasa akhirat nanti la bertemu jua yek.
Read more

09 September 2010

Kebenaran Di Sebalik Penipuan dan Kebetulan?? korang tentukan

0 EDITOR COMPLAINING

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?
Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.


1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.


Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.


Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Apa sebab perlu dipaparkan tulip dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Tulip ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah tulip Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    9 months ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    1 year ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    9 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    10 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    13 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    13 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    14 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here