THE COCOON ™: Gorillaz Awesome!!
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

28 August 2011

Gorillaz Awesome!!



[Image: red-gorillaz-logo.jpg]
Gorillaz adalah sebuah projek kumpulan muzik British  yang dicipta pada tahun 1998 oleh Damon Albarn dan Jamie Hewlett. Projek ini terdiri daripada muzik Gorillaz tu sendiri dan fiksyen alam semesta yang banyak  menggambarkan "band virtual" tetapi berpewatakan kartunBand ini terdiri daripada empat ahli animasi iaitu : 2D (lead vocalist, keyboard, dan melodica), Murdoc Niccals (bass guitar dan drum machine), Noodle (guitar, keyboard, dan occasional vocals) dan Russel Hobbs (drums dan percussion). Alam semesta fiksyen mereka boleh diterokai melalui laman web dan juga melalui video muzik kat Youtube, serta beberapa media lain, seperti kartun animasi pendek. Muzik derang ni datang dari  kerjasama antara pelbagai pemuzik lain seperti  Albarn dari kumpulan Blur yang menjadi penyumbang muzik utama. Gaya muzik mereka adalah dari campuran komposisi pelbagai genre muzik, dengan sejumlah besar pengaruh termasuk: dub, hip hop, alternative rock, electronic dan pop music.


Ahli Kumpulan



2-D
[Image: 2D-gorillaz-3037614-443-500.jpg]
Nama Sebenar: Stuart Pot 


Sebagai vokal utama dan bermain keyboard2D adalah nama samaran yang berasal dari bentuk rongga mata dia yang hitam hasil daripada kemalangan dengan kereta Murdoc.  Nama sebenar 2-D adalah Stuart Tusspot, (Dalam cerita Rise of The Ogre, bapanya berkata "Sebenarnya nama asal saya adalah Tusspot, tetapi semasa kelahiran Stuart , dia telah memendekkan nama Tusspot kepada Pot. Tetapi namanya tetap Tusspots ") bila dipendekkan kepada bunyi Pot (bunyi seperti bodoh/Stupid atau Stu-Pot) dan di anggap sebagai satu lawak jenaka oleh orang lain.

Murdoc Niccals

[Image: murdoc-300x299.jpg]
Nama Sebenar : Murdoc Alphonce Faust Niccals
Seorang pemain gitar bass dan jugak menganggap dirinya sebagai ketua kumpulan.
Untuk bass dan suara disumbangkan oleh Phil Cornwell. Dikatakan bahawa Murdoc  telah dibuang di depan pintu rumah bapanya dan di peringkat awal zaman kanak-kanak yang sangat sadis. Telah dikatakan bahawa perangai Murdoc disebabkan oleh kisah silamnya yang selalu didera dan zaman kanak-kanak yang gelap. Didalam Rise of the Ogre ,  ramai yang tahu siapa ayah dia tapi tak ramai yang tahu pasal ibunya . Sebastian Jacob Niccals ("atau Jacob Sebastian Niccals, bergantung kepada siapa yang tanya") telah mabuk dan menyakiti seorang lelaki yang sering mendera dan mengeksploitasi anak-anaknya. Murdoc sering dipaksa untuk mengambil bahagian di dalam kelab malam dimana bakatnya telah menonjol kat situ dan digunakan semata-mata untuk memperolehi arak untuk bapanya(Murdoc menyanyi lagu "I've Got No Strings" dari cerita
 Pinocchio,). 

Noodle

[Image: Noodle-gorillaz-10651545-440-460.jpg]

Kadang-kadang bermain gitar dan juga sebagai penyanyi latar untuk kumpulannya.
Pada umur 10 tahun, Noodle tiba di depan pintu Murdoc dalam kotak FedEx, sebagai tindak balas serta-merta untuk memberi jawapan kepada iklan Gorillaz yang memerlukan seorang pemain gitar. Langsung tak berapa pandai bercakap dalam Bahasa Inggeris kecuali perkataan "Noodle", dan dari situlah dia mendapat nama samarannya. Terus menetap di  England dengan Gorillaz, dan telah diterima sebagai anggota keempat band ini.


Russel

[Image: russel_hobbs.jpg]
Nama Sebenar : Russel Hobbs
Seorang pemain Drum dalam kumpulan Gorillaz, Dilahirkan di Brooklyn, New York, pada 3 Jun 1975,
  Russel Hobbs merupakan seorang kanak-kanak yang baik dalam tutur-kata,bertimbang rasa dan menghormati orang lain. Pada mulanya, Russel bersekolah di  Xavier School For Gifted Youngsters(X-Men), tetapi telah dihentikan bersekolah di situ  secara paksa apabila disumpah oleh beberapa pelajar lain dan sebagai hasilnya Russel telah memiliki roh jahat didalam tubuhnya. Setelah roh jahat diusir,dia telah berada dalam keadaan koma selama 4 tahun, di mana pada masa itu seorang lelaki yang dikenali sebagai  Father Merrin telah menghalau roh jahat yang memasuki badan Russel. Keran tidak dapat lagi kembali ke Sekolah Xavier, Russel telah dihantar ke sebuah sekolah di Brooklyn, di mana ramai pelajar yang mengamalkan budaya dan muzik hip hop.  Terdapat satu kejadian yang pelik tetapi ganas yang telah melibatkan tembak menembak dimana  kejadian ini telah membunuh kesemua kawan-kawannya dari Brooklyn High School di New York City . Berikutan kejadian tembak menembak itu , kebanyakan roh semua kawan-kawan Russel telah masuk ke dalam badannya. Roh yang paling terkenal ialah salah seorang rakan Russel sendiri iaitu, Del, di lakon suarakan oleh Del Tha FunkeeHomosapien. Del muncul sebagai hantu biru, dan memainkan rentak rap didalam klip video  "Clint Eastwood" dan "Rock House." 

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here