THE COCOON ™: Perkara Yang Tak Patut Di Lihat Ketika Bulan Puasa
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

25 August 2011

Perkara Yang Tak Patut Di Lihat Ketika Bulan Puasa


Selamat berbuka pada yang muslim semua dan selamat menatap ruangan kepompong aku neh. Tergerak kat dalam hati aku ni untuk posting disebabkan oleh satu perkara yang aku lihat tak patut orang buat waktu bulan mulia gini. Kalau aku bawah hp yang ada kamera, memang aku dah tangkap gambar dah tadi dek kerana terkejut dengan perbuatan sesetengah hamba allah ni.

Pertama sekali aku ni bukanlah sempurna mana, tapi cukup jugak dengan akal fikiran dan bekalan ilmu agama yang cukup-cukup makan jugak. Kat sini aku nak share sikit cerita yang aku aku rasa memang tak patut betol. Saje jalan-jalan kat pasar area Tampoi, niat nak cari makanan untuk berbuka nanti. Tengok jam Titus kat tangan aku neh..baru pukul 6, so aku pon singgah la kejap dekat satu kedai ni dekat dengan kedai cd. Sambil rehatkan minda, tubuh yang menahan lapar dan dahaga ni, aku perasan 2 benda kat sini hasil dari pengamatan aku sendiri hehehe
Sekadar hiasan time Sentapppp jeeee

Pertama, aku tengoklah sepasang kapel ni duk berjalan-jalan pusing sana sini, shopping, pastu paling kerap si lelaki ni, abis semua kedai kalau boleh dia tegur, memang dia akan tegur. Pendapat aku, mungkin jugak dia kije kat sini. Tu tak kisah la kan. Yang aku kesiankan... aku rasa dia nak tayang awek dia dengan kengkawan dia semua kot. HAhahHa sekali imbas aku tengok muka RIAK tak blah. hahahha yang awek dia pulak terconggok kat luar kedai, sengih-sengih macam kerang busuk. Seksi? Seredup mata memandang, Sekurang tu jugak pahala posa aku time tu la...tapi takleh tengok lama-lama laaa. hehehe . Tu baru bahagian satu, untuk kisah duk tayang awek kat semua orang. Sapa tak bangga wehhhhhh caklempoi habaq mai kang hanggg...Ho Ho Hotak Kaw hahaha
Gambar sekadar hiasan ~ Wink Wink

Kedua, kisah kapel tu dah abis setakat tu je, tapi dari situ pulak, aku boleh tengok dengan selamba badak sumbu cap kelapa laut africa la derang ni. Memang selamber dengan orang ramai-ramai lalu lalang kat kedai derang tu.. Budak melayu dan islam yang siap bertindik haha ada yang tak bertindik jugak kuarkan kotak rokok, On-The-Spot cucuh rokok, isap rokok gitu... macam takde mendee gitu la kan. Derang hisap rokok, tapi rokok tu cover sambil silang tangan ke belakang la. Aku perati la betol-betol.. tengok melayu ke ni, ke bukan ni. Tengok jam pulak, uish takkan dah berbuka posa kot... Geleng kepala je la.

Tujuan aku cerita kat sini, bukan nak aibkan sape-sape. (Kalau tunjuk gambar, sensor kat mata tu dah kira aibkan orang la tu kan kan), tapi sekadar nak berkongsi cerita. Kalau korang tak posa sekali pon, nak makan ke hisap rokok ke, hisap je kat rumah. Jangan duk tunjuk sangat kita ni buas ke, ganas ke dengan petik rokok ke lantai waktu bulan posa gini. Sekurang-kurangnya, hormat orang lain yang puasa dan hormat juga bulan yang penuh keberkatan ni.

sekadar gambar hiasan jeeee...

FootNote ~ Walaupun kubur masing-masing, kat akhirat kelak kita kumpul ramai-ramai tau. heheheh... aku wat salah, korang tegur, kalau korang wat salah, aku tegur.. jangan sentap lak hehehe gurau je.. tak main sentap-sentap ikan neh.

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here