THE COCOON ™: The Joker :: Heath Ledger death / In Memory
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

25 August 2011

The Joker :: Heath Ledger death / In Memory

Serba sedikit info tentang The Joker dalam filem The Dark Knight 2008. Walau pun cerita ni dah lama, tapi sebab lakonan The Joker ni memang bagi kesan sket kat aku. The Best Joker ever... Serba sedikit pasal pelakon yang memegang watak The Joker. 

Heath Andrew Ledger (4 April 1979-22 Januari 2008) merupakan pelakon filem dan televisyen dari Australia.. Selepas melaksanakanperanan dalam televisyen dan filem Australia pada tahun 1990-an, Ledgar berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1998 untuk membangunkan kerjaya filemnyaHasil kerja beliau meliputi sembilan belas filem-filem, termasuk 10 Things I Hate About You (1999), The Patriot (2000), Monster's Ball (2001), A Knight's Tale (2001), Brokeback Mountain (2005), and The Dark Knight (2008)


Jika korang dah tengok The Dark Knight, korang mesti setuju yang ada sesuatu yang tak kena dengan The joker ni. Bila aku tengok watak The Joker, benda pertama yang terlintas di fikiran aku, memang saiko gila neh. Tapi tu cuma pendapat aku je.Kalau korang Ingat adegan di mana rakan sepasukan Joker nak tembak dia kat bank kemudian Joker akan cakap -" No, No, I kill the bus driver". Bila lelaki itu dengar gitu, terus kompius. Dia tak tahu pulak ada pasal pemandu bas. Jadi, pada asasnya joker telah berfikiran lebih ke depan untuk 3 hingga 5 saat  untuk mengalihkan minda penyerang tu, satu kenyataan yang sebenarnya akan dia jangkakan dari seseorang. Bila orang tu dah abis pikir, baru bas tu datang rempuh dinding dan langgar orang tu. heheh


Joker memang macam orang gila. Tindakan dah macam Psychedelic. Dia sekadar berlakon atau tu memang diri dia sebenar? Watak dan tingkah laku yang tak normal gitu kan...Tapi sayang... Untuk filem terbaru The Dark Knight Rises, kita tak akan jumpa The Joker yang macam tu lagi. Tiap-tiap baris dialog dia yang di sampaikan seolah-olah memang mempunyai niat jahat atau pun sebaliknya dan boleh membuatkan penonton banyak berfikir atau leka sekejap.


Kira-kira 2:45 pm , pada 22 Januari 2008, Ledger didapati tidak sedarkan diri di atas katil oleh pembantu rumahnya iaitu Teresa Solomon dan Diana Wolozin di dalam apartmennya. Menurut polis, Wolozin, yang telah tiba awal untuk temujanji pada pukul 3:00 pm dengan Ledger  telah membuat panggilan kepada Mary-Kate Olsen untuk meminta bantuan dimana ketika tu Olsen berada di California lalu dia mengarahkan pengawal keselamatan dari syarikat swasta  New York City untuk pergi ke tempat kejadian. Paramedik telah tiba di tempat kejadian 7 minit selepas Wolozin membuat panggilan telefon 911. Pada Pukul 3:36 pm, Ledger diisytiharkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke hospital.

Close up of a man's face with brown eyes, tousled brown hair and scraggly beard growth. He is looking toward his left. He is wearing a grey jumper with an orange stripe near his left shoulder and upper left arm. The background is blue with out of focus writing.

2 minggu selepas kematiannya di gembar gemburkan oleh pihak media dengan pelbagai spekulasi, pada 6 Febuari 2008, Pejabat Ketua Pemeriksa Perubatan New York mengeluarkan kenyataan dan kesimpulan, berdasarkan bedah siasat awal 23 Januari 2008, dan analisis berikutnya toksikologi lengkapLaporan itu menyimpulkan, di mana , "Mr.Heath Ledger meninggal dunia akibat mabuk akut oleh kesan gabungan oxycodone, hydrocodone, diazepam, temazepam, alprazolamdan doxylamine (Dadah, stress, tension dan kemurungan) dan cara kematian adalah akibat kemalangan iaitu  penyalahgunaan ubat-ubatan dan preskripsi. Ubat-ubatan yang terdapat dalam analisis toksikologi biasanya ditetapkan di Amerika Syarikat untuk insomnia, kegelisahan, kemurungan dan sakit.



Selalunya kalau artis-artis luar yang nama tengah melonjak naik, pastu tiba-tiba meninggal dunia, filem pon jadi pecah panggung gitu, tak lekang jugak dengan macam-macam kontroversi. Lepas dia meninggal tu, filem The Dark Knight buat dia terima banyak anugerah walaupun dia dah takde. Meninggalkan nama je la. Pastu anugerah nanti wat pameran je. Royalti masyukkk

FootNote ~  The Joker ni memang best kalau nak dibandingkan dengan pelakon lain. kan kan

2 EDITOR COMPLAINING:

Nyamuk Terbang said...

mcm dlm crta batman ja

Unknown said...

The Joker ni memang la cerita Batman (The Dark Knigt). nanti nak keluar cite Batman baru lak, The Dark Knight Rises. Anne Hathaway (Princess Diaries) akan jadi Catwoman lak..

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here