THE COCOON ™: Puasa = Day 20
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

20 August 2011

Puasa = Day 20

Dah masuk hari ke 20 sudah kita berpuasa. Aku pon tak sedar yang cepat betol masa ni berlalu. Rasanya macam baru semalam je mula puasa kan. Tu lah kalau duk pikir-pikir je, tak ikhlas nak beribadat, memang masa yang bergerak tu terasa lambat. Tapi yang penting, ikhlas dalam menjalani ibadah puasa. Bila dah hampir ke malam lailatur qadar, malam tujuh likur ni, kant kampung-kampung mesti dah meriah dan riuh gitu.

Boleh dengar bunyi mercun, meriah tanah, meriam katak.. pastu dengan bebudak yang duk terkejar-kejar atau riuh rendah bermain dari duk solat terawih kat surau tu kan. Kat rumah pulak dengan persiapan nak kemas itu ini, nak cuci langsir ke, nak tukar mentol-mentol lampu yang rosak atau nak pasang lampu kelip kelip gitu hehehe.. macam tu la suasana kalau dah nak menjelang Hari Raya ni. so korang macam mana ? Yang tak dapat balik atau pulang beraya tu, jangan sedih-sedih sangat kalau dengar lagu raya hehe..

Aku lak? tu aku tak pasti yang aku ni balik ke tak raya tahun ni. Kalau balik pon, mungkin la dalam 2-3 hari sebelum raya kot. tapi semua tu 50-50 je sebab bergantung pada bajet aku sendiri gak nak balik. Masih lagi dalam perancangan. Insya allah. Korang dah plan ke macam mana nak balik? naik bas? drive? konvoi ramai-ramai neh? yang penting keselamatan tu gak kena jaga. Kena hati-hati gak drive tu. Apapon aku doa perjalanan semua selamat sampai. amin...

Hari ni hujan pulak petang tadi. Semalaman berjaga sampai la ke tengah hari, pastu tetiba terlelap pulak. Tapi aku tersedar sebab dengar petir, kilat guruh dan hujan. Baru teringat Router aku tak tutup lagi, wayar telefon pon tak cabut. Ni kalau dah terlupa ni silap-silap kena sambar petir, jawabnye tak boleh online la lagi. Jadi macam bulan lepas, hari-hari aku mengadap Red Alert 2 punya pasal  sebab tak dapat nak online.

Akibat kusyuk sangat aku tido sampai tak sedar waktu berbuka dah dekat. Patut la bilik aku gelap semacam hahah aku ingat effect mendung tapi dah pukul 7! terus aku bangun mandi dan segala yang tak patut aku cerita ape yang org buat kalau dah kat bilik air ni kan. hehehe Akhirnya selamat juga aku berbuka gitu. yela menghormati ramadan.

Hari ni rasanya ada game Chelsea. so kena tengok ar pulak. Susah payah aku duk main prediction hahhaa harap-harap buleh menang sebab game yang lepas Chelsea vs Stoke City kena 1-1 je. Gambette Chelsea...

arigatou gozaimasu.

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here