THE COCOON ™: Tan Sri Tony Fernandes dan Queens Park Rangers
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

20 August 2011

Tan Sri Tony Fernandes dan Queens Park Rangers


Dipetik dari berita tv3




Tan Sri Tony Fernandes akhirnya berjaya mengambil alih kelab Liga Perdana England, Queens Park Rangers, QPR semalam.


Selain punya misi tersendiri dalam pembangunan kelab di barat London itu, sebagai rakyat Malaysia, Tan Sri Tony juga pasti memikirkan faedahnya untuk membantu bola sepak negara.


Tan Sri Tony Fernandes menerusi syarikatnya Tune Group melengkapkan pembelian 66 peratus saham milik Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore pada harga 35 juta pound.


Ini mejadikan Tan Sri Tony sebagai pemegang saham terbesar di Loftus Road, manakala 33 peratus saham lagi kekal milik usahawan keluli, Lakshmi Mittal.


Tan Sri Tony Fernandes, Pengerusi QPR: "Saya akan memberi yang terbaik untuk membawa kelab ini ke satu tahap yang tinggi. Untuk tahun ini, sasaran untuk kekal di Liga Perdana. Saya ingin berada lama berada di kelab ini membinanya dengan pasukan sedia ada."


Diharapkan tempias kejayaan Tan Sri Tony ini turut dirasai arena bola sepak tempatan dalam jangka masa panjang.


Tetapi buat masa ini, Tan Sri Tony pasti menumpukan cabaran getir Liga Perdana selepas kelab itu tewas 0-4 pada aksi pertama kepada Bolton minggu lalu.


Terutamanya, dalam pembelian pemain baru bagi mengukuhkan pasukan.


Neil Warnock, Pengurus QPR: "Dengan adanya Tony dan perancangan untuk kelab ini secara keseluruhan jelas menimbulkan rasa teruja semua yang berada dalam kelab ini. Kelab ini memerlukan kestabilan pengurusan dan kepakaran yang Tony miliki.




Apa pandangan korang pasal benda ni? Ok gak tu kan lepas dari kisah Titus yang lebih kurang genius bolasepak tu dah tenggelam, skang dah ada rakyat malaysia nak naikkan nama malaysia dengan menggunakan Kelab luar.. Mutu bolasepak negara kita? Alhamdulillah. Tak pernah la rasa Seronok tengok bola kalau nak dibandingkan dengan dulu...

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here