THE COCOON ™: Sahur oiii sahur...
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

21 August 2011

Sahur oiii sahur...


Bangun sahur la wahai kengkawan.. hahah aku dah bangun tapi sebenarnya aku tak tido pon, tengok jam dah pukul 5 pagi, masa untuk bersahur. Awal-awal tadi  dalam pulul 12, aku dah pekena bubur lambuk, so stok tu dah kenyang la untuk 2-3 jam... 



Turun ke dapur, tengok ada Pajeri Nenas yang lupa letak krisik terus letak kat dapur pastu panaskan kejap sambil amik pinggan, tengok nasi ada ke tak, hahaha aku tau tapi jangan tanya pasal pe Pajeri tu lupa letak krisik hahah kalau tak letak krisik, tak jadi la pejeri nenas. Aku panggil gak Pajeri Nenas sebab niat memula tu patut jadi gitu. Nak tau resepi? hahah boleh... boleh la korang google resepi yang melambak-lambak tu kan kan... 




Time makan macam mana pon nak kena cerita eh? tak payah la tu kan kan sebab cara makan kita sama je yang berbeza mungkin makanan yang kita makan time sahur-sahur gini. Dah kenyang, jangan terus tinggal kat sinki je sisa-sisa korang makan tu, basuh la sama yek.. kalau tak dengan lipas, cicak, semut atau tikus yang menyental sisa tu suma... tahu makan, kena la tahu basuh yek.. Tu lah cara yang betol.. 


baru teringat nak topup air Nescafe O Ais yang aku buat tgh malam tadi, dah tinggal separuh, aku cuma tambah gula dan ais batu je, so baru la penuh balik... macam citer Gagak Yang Bijak. Korang ada ingat siri cerita dan tauladan tu? Pasal seekor gagak yang dahaga, pastu dia letak batu dalam geluk air tu, pastu nanti air pon makin naik dan bertambah.. ada ingat? ingat ke tak? ke tak ingat neh.. adoi... kalau tak ingat, memang kena repeat balik ar citer tu... Ape yang aku nak cerita kat sini, teknik aku guna nak topup air nescafe aku ni la, tambah gula, tambah ais batu, skang air aku dah penuh balik. HAhahahAhHA tak payah dah susah-susah nak bancuh lain. Lagi satu.... minum la sebelum azan subuh yek.. hahahah kalau tak abis, simpan dalam peti ais, nanti leh minum lagi untuk berbuka.. dan lagi satu banyakkan minum air kosong 2-3 gelas supaya nanti posa takde la letih ke panas ke kan. Nak ganti air dalam badan tu nanti yang hilang, so kena cover awal-awal.


Makan sudah, minum sudah, semua dah sudah, tinggal satu perkara untuk topup ialah.... wink wink... haha rokok je. Kira termasuk dalam pakej dah ni. Macam  Gaviscon gitu la kot.. eh bukan... macam Eno.. tau ? kalau dah kenyang senak-senak gitu, minum Eno nak bagi selaras n selesa gitu kan kat perut. Tapi untuk perokok macam aku neh, mende ni je la yang ganti Eno tu. haha walaupun takde perasa, tapi boleh ler.. hisap ler sebatang dua, untuk cover-cover nafsu nak menghisap tu nanti.  Tak suka perokok? cari la org yang tak merokok yek hahahhaah terima kasihhh..

Footnote ~ Selamat berpuasa kepada semua dan jangan lupa niat tu.. dah niat ke belum? ke niat sebulan dah?

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here