THE COCOON ™: ::Fakta Nyamuk::Dan Penyakit::
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

30 October 2011

::Fakta Nyamuk::Dan Penyakit::

Nyamuk merangkumi 3,500 spesies. Nyamuk mempunyai dua kepak bersisik ( scaled wings ), ( halteres ), tubuh yang langsing, dan enam kaki panjang; bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15 mm.

Dalam bahasa Inggeris, nyamuk dikenali sebagai "Mosquito", iaitu dari perkataan dalam bahasa Sepanyol atau bahasa Portugis yang bererti lalat kecil. Penggunaan perkataan Mosquito bermula sejak tahun 1583. Di England nyamuk dikenali sebagai ( gnats ).
Dalam kebanyakan nyamuk betina, bahagian mulut membentuk proboscis panjang untuk menembusi kulit mamalia (atau dalam sesetengah kes burung atau juga reptilia dan ( amphibians ) untuk menghisap darah. Nyamuk betina memerlukan protien untuk pembentukan telur dan oleh kerana diet nyamuk terdiri daripada madu dan jus buah, yang tidak mengandungi protien, kebanyakan nyamuk betina perlu menghisap darah untuk mendapatkan protien yang diperlukan. Nyamuk jantan berbeza dengan nyamuk betina, dengan bahagian mulut yang tidak sesuai untuk menghisap darah. Agak pelik nyamuk betina daripada satu jenis Toxorhynchites, tidak pernah menghisap darah. Larva nyamuk besar ini merupakan pemangsa kepada jentik-jentik nyamuk yang lain.

Nyamuk melalui empat tahap yang jelas dalam kitaran hayatnya: telur, larva, pupa, dan dewasa. Tempoh tiga peringkat pertama bergantung kepada spesies - dan suhu. Culex tarsalis boleh melengkapkan kitaran hayatnya dalam tempoh 14 hari pada 20 °C dan hanya sepuluh hari pada suhu 25 °C. Sesetengah spesies mempunyai kitaran hayat sependek empat hari atau sehingga satu bulan. Larva nyamuk dikenali sebagai Jentik-jentik boleh di dapati di lopak atau sebarang bekas berisi air. Jentik-jentik bernafas melalui salur udara yang terdapat pada hujung ekor. Pupae biasanya seaktif larva, tetapi bernafas melalui tanduk thoracic
Kebanyakan jentik-jentik memakan mikroorganism, tetapi beberapa jentik-jentik adalah pemangsa bagi jentik-jentik spesies lain. Sesetengah larva nyamuk seperti Wyeomyia hidup dalam keadaan luar biasa. Jentik-jentik spesies ini hidup dalam air tergenang dalam tumbuhan epifit ( epiphytic bromeliad ) atau di dalam air tergenang dalam pokok periuk kera. Jentik-jentik spesies genus Deinocerites hidup di dalam sarang ketam sepanjang persisiran pantai.
Kebanyakan kawalan nyamuk moden tidak lagi bergantung kepada racun serangga merbahaya tetapi menjurus kepada organisma khusus yang memakan nyamuk, atau menjangkiti mereka dengan penyakit yang membunuh mereka. Sesetengah tempat menggunakan teknik ini,  di mana kawalan nyamuk utama dilaksanakan dan dipantau menggunakan "killifish" dan belut muda.

Pepatung ( Dragonfly ), juga dikenali sebagai helang nyamuk ( mosquito hawks ), merupakan agen pengawal yang berkesan. Larva Pepatung (naiads) memakan jentik-jentik dalam takungan air sementara pepatung dewasa pula memburu dan memakan nyamuk dewasa, terutamanya nyamuk harimau asia yang terbang pada waktu siang. Penyemburan nyamuk boleh memburukkan keadaan dan meningkatkan populasi nyamuk dalam tempoh jangka masa panjang sekiranya penyemburan itu menghapuskan pepatung dan pemangsa semulajadi yang lain.
Sesetengah nyamuk mampu menyebarkan penyakit protozoa (protozoan) seperti malaria, penyakit filariasis, dan penyakit bawaan virus seperti demam kuning, demam denggi, encephalitis, dan virus Nil Barat. Virus Nil Barat disebarkan secara tidak sengaja ke Amerika Syarikat pada tahun 1999 dan pada tahun 2003 telah merebak keseluruh negeri dalam Amerika Syarikat.

Berat nyamuk hanyalah 2 hingga 2.5 mg. Nyamuk mampu terbang antara 1.5 to 2.5 km/h.

FootNote ~ Kenali musuh kita dulu sebelum kita membenteras penyakit daripadanya. 

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here