THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

24 November 2011

♂ Banjir OH Banjir ♂

5 EDITOR COMPLAINING

Musim tengkujuh dan musim hujan dah tiba. Hari-hari nak hujan walaupun kadang-kadang lebat dan kadang-kadang renyai. Kat berita hari ni pon banyak tempat dah kena banjir dan yang paling kena tempiasnya, Kelantan, Terengganu dan Johor (buat masa sekarang). Statistik kedua-dua negeri untuk mangsa banjir adalah seramai seribu lebih mangsa banjir. Ada yang tak sempat selamatkan barang dan ada yang sempat. Air  banjir naik setinggi rumah. Hampir menenggelamkan atap rumah gak tu.


Pengalaman banjir? Yep.. aku pernah gak alami pengalaman banjir sewaktu berada di Kelantan. Balik rumah atuk. Rumah tepi pantai dan kalau tiba musim tengkujuh, angin dan hujan tu dah berlawanan. Binggit telinga dengan deruan angin dan air hujan yang menimpa atap zink. Bising tapi best cuma yang tak bestnye jangan main air banjir, jangan mandi hujan, alamatnya padah yang menimpa. Hari ni gak dah ada mangsa yang mati akibat banjir. Mana-mana tempat yang kena banjir tu, selalu la beringat-ingat. Tengok adik-adik kecik kita tu, kemas barang-barang sebagai langkah berjaga. Yang pernah aku lalui pon air separas ketiak. Dulu kalau musim hujan ke banjir, benda yang aku terlintas cuma nak menjala ikan je sebab kalau dah banjir, kolam ikan mesti dah melimpah.. dapat la ikan besar-besar. Tak lupa juga dengan sang bedal kalau salah time. heheh

Satu lagi banjir yang amat merbahaya dan perlu kita elak ialah banjir mengejut di kawasan air terjun. Kalau korang pernah tengok video kat youtube atau pernah alami sendiri, banjir kat air terjun lagi merbahaya sebabnya ia terjadi selepas hujan lebat. Kawan air terjun tu akan tiba-tiba dibanjiri dengan air yang datang dari hulu. Search kat youtube  "Flash Flood Waterfall". Air yang datang tu memang secara tiba-tiba kalau nak dibandingkan dengan banjir biasa dimana kalau hujan lebat tak berhenti, kita dapat tengok paras air yang naik sedikit demi sedikit, tapi kalau di kawasan air terjun, air akan datang dengan mencurah-curah secara tiba-tiba. Memang tak sempat nak selamat kan diri. Oleh itu, elakkan dari berada di kawasan air terjun semasa hujan. INGAT !

Untuk kawan-kawan yang ada terkena tempias banjir, aku harap berhati-hati. Jangan sampai kehilangan nyawa. Bagus gak hujan gini kan, tido malam pon lena je. Tapi tu la.. nyamuk lak banyak.

FootNote ~ Best pulak kalau kecik-kecik dulu, mandi air hujan, main hujan sampai sejuk. Pastu makan bubur kacang. fuhh... terangkatttt la wehh
Read more

23 November 2011

♂Lecturer-student relationship, anything wrong? ♂ Versi Bahasa Melayu Kertas 2 ♂

6 EDITOR COMPLAINING
Kenyataan di atas,  boleh diguna pakai untuk hanya untuk yang cukup pakej SAHAJA tetapi tak boleh digunapakai untuk lelaki/perempuan yang TAK famous,TAK hensem atau TAK cantik seperti aku dan untuk pelajar yang dah memasang niat yang betul bila dah menjejak kaki ke IPTS/IPTA.

Setakat menaruh hati, mungkin boleh! Tapi nak ke orang pandang? Kenyataan membina "Muka Pecah Bersepai Kat Jalan tapi Ada Hati Kat Pensyarah Cantik/Hensem" yang akan keluar, betol? Kita tengok sendiri , bab berpasangan semestinya nak dari kalangan yang dah cukup pakej. Tak kisah la dari pakej muka photogenic atau berkewangan. Kalau duit poket pon PTPTN dan orang tua tanggung, ada harapan nak bercinta dengan pensyarah sendiri?. Tapi kalau pensyarah tu lelaki dan peminatnya pula perempuan, aku sendiri pon takkan tolak kalau yang minat tu cantik dah lengkap semua, sebab lelaki dah bekerjaya dan berjaya! (lumrah manusia la beb, nak semua terbaik). Walaweh

Bahagian mana yang silap? Bagi pelajar yang terkenal dalam kolej, bukan sesama pelajar je yang minat dan  menjadi buah hati pensyarah tu sendiri, bahagian tu memang tak mustahil. Yang mustahilnya bagi orang yang tersembunyi di dalam kelompok pelajar TAK popular dan yang muka hancur(kami ada hati dan perasaan la) pegi kolej pon naik bas, tumpang kawan dan kadang tu makan pon meggi je, yang tu memang takde harapan nak mengurat kan.

Kaji Selidik : Adik aku sendiri pensyarah dan seorang perempuan. Pelajar lelaki yang nak mengurat dia pon tak berani. Sebab apa? Orang tengok kereta dia pon, takde yang berani nak tegur, inikan pulak nak mengurat. hahaha Kalau setakat pakai Proton Wira 1.8 Manual, Enjin Evo 3 endorse JPJ lepas tu jadi pelajar dia. Bercinta? nun jauh pitching kau akan lari ke laut. Setakat cinta je, belum tentu boleh bagi makan anak orang nasi dengan lauk pauk sedap.

Tepuk kepala, tanya akal ! 

FootNote ~ Number of words: 298 / Tag = ! Sha My HeartCik Suzlin
Read more

♂ GLITTERATI ♂ Nuffnang ♂ Apa Yang Anda Perlu Tahu ♂

10 EDITOR COMPLAINING

Status Glitteraly ni diberikan pada Nuffnangers yang setia pada Nuffnang dengan tidak mempamerkan mana-mana iklan dari saingannya, sebagai contoh, Advertlets.


Antara kelebihan status Glitterati ni:

Payment Rate untuk Cost Per Unique dan Cost Per Click. 
Secara ringkasnya Glitterati menerima income 20-40% extra jika dibandingkan dengan Ordinary Membership. Pembayaran Ahli Glitterati dibayar dalam tempoh 30 hari berbanding ahli biasa selama 60 hari. Cepat sikit dari biasa kan? Kelebihan tu.

Peluang untuk Advertorial 
Hanya ahli Glitterati berpeluang untuk dapat advertorial, yang mana incomenya sangat tinggi jika dibandingkan dengan iklan biasa. Ianya bergantung kepada pengiklan, jumlah trafik dan komitmen.


Community Events
70% daripadanya diperuntukkan kepada ahli ekslusif dan guest; selebihnya untuk ahli biasa. Banyak events yang diadakan seperti movies, perjumpaan bloggers dan macam-macamlah. Contest ni memang seronok sebab banyak peraduan yang diadakan dan hadiahnya sangat lumayan. (dah pernah menang dan dapat tiket untuk tengok Premier Screening hahaha)

Innit by Nuffnang
 Hanya ahli Glitterati je yang ada Innit. Tempat untuk bloggers ping dan promote entri terbaru selain dari guna ping busuk, ping.my atau ping kat Blogger Facebook Groups. Boleh dapat traffic gak tu dah paham? Tu salah satu jugak la kan kelebihan yang tak dapat pada ahli lain.

Selain sebab-sebab nak dapat income, Glitterati jugak salah satu cara kita dapat tarik pembaca untuk datang ke blog kita. Bila masuk contest, kita balas komen kat contest, orang datang tengok blog kita. Tapi blog ni takde la menjurus kearah nak SEO ke ape. Semua untuk suka-suka dan bukan pasal duit jugak, kalau dah dapat duit, kiranya rezeki la kan.


FootNote ~ Dah dapat balik status Glitterati  yeah !
Read more

21 November 2011

♂ MENANG ! ♂ GA Penmerah.com ♂

6 EDITOR COMPLAINING

Alhamdulillah... akhirnya ada rezeki kat sini, dapat menang GA dari kak PENMERAH.COM dan juga ini adalah contest yang ke-2 yang pernah aku menang selama berblogging ni. Memang tak masuk banyak contest sebenarnya aku ni. hahaha tapi ada juga rezeki tu kan.

Terima kasih kepada akak Pen Merah dot kom sebab sudi menganjurkan contest yang terbaek ni. Banyak gak yang masuk, rasanya dalam 600 lebih peserta kalau tak silap, dan tak banyak juga hadiahnya salah satu yang best bagi aku orang yang komen terbanyak. Minggu lepas commentator terbanyak dapat rm100. Wahh best kan kan? 

Kalau nak best lagi, jom la join ramai-ramai blog kak penmerah.com ni tau. Memang terbaik tau haha bukan nak puji tapi rasa best sebab menang lagi yeahhh. Mari kita serbuuuu

FootNote ~ Ni yang rasa tak sabar ni nak tengok hadiah ape hahahahaha
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    9 months ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    1 year ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    9 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    10 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    13 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    13 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    14 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here