THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

23 August 2011

Memori Kad Ucapan Hari Raya

0 EDITOR COMPLAINING


Selamat berpuasa.

Hari raya pon dah dekat jugak ni. Menghitung hari bila Ramadan berlalu pergi kan. Kalau kita tengok sekarang pon, tak tahu masih ada lagi tak yang guna kad raya. Bila zaman makin maju dengan segala teknologi yang canggih boleh buat manusia makin malas sebab semua benda nak cepat, ekspress dan mudah. Kira macam semua kat hujung jari gitu. Kalau kita tengok dengan keadaan sekarang, ramai dah yang guna e-card, email, sms dan macam-macam lagi sebagai medium perantara sesama kita untuk merapatkan silaturrahim gitu. Tak kisah apa jua medium yang kita guna, asalkan hubungan tu dapat di eratkan dan dikekalkan.

Ok. Berbalik pada tajuk entry kali ni, aku cuma nak share sket la memori aku waktu ligat nak menghantar kat  ucapan Hari Raya. Selalunya aku memang suka compete dengan adik aku. Tengok banyak mana kad ucapan yang kita hantar dan banyak mana yang akan kita dapat kad balasan. Itu yang best. Seingat aku juga la kan, ada la dalam10 atau 11 tahun lepas kot. hahahah lama giler tu kan. Antara orang yang aku selalu hantar ni, kalau ikut keutamaan, mestilah saudara mara terdekat ke, saudara jauh ke kan. Lepas tu baru la kawan-kawan. Zaman sekolah ni, mesti kalau boleh nak hantar satu sekolah atau satu kelas gitu. 

Ada jugak aku hantar 2-3 orang sahabat pena. Best tu. Kalau nak dibandingkan dengan sekarang, Cyber Cafe pon aku tak nak jejak sebab tak tahu mende la Internet neh. Macam gitu sekali tahap zero la. Itu dulu-dulu punya cite. Berbalik kepada tadi, ada satu part tu, aku dengan adik aku ni cuma beli kertas A4 yang pelbagai warna. Beli la dalam 10 atau 20 keping. Lepas tu satu kertas tu aku lipat 2 bahagian dan aku potong 2. Bahagian yang pertama tu, aku lipat pulak 2. Kesimpulannya satu kertas A4, aku dapat buat 2 keping kad raya. Kira kreafit dan jimat belanja. Kenapa jimat belanja? Kalau nak dibandingkan dengan kad raya yang kita beli (Al maklum lah masa sekolah dulu, takde la jimat-jimat kumpul duit sebab nak beli kat raya.. hahaha) harga ketas A4 sekeping tu lagi murah dari Kad Raya kertas keras tu. Tapi dulu murah kalau nak dibandingkan dengan sekarang. 

Bila dah siap potong dan lipat semua kertas tu, aku pon buat design sendiri. Guna pen ke, marker ke atau mende la orang panggil dah lupa lak pen yang banyak kaler gitu.... masa nak ingat ni la leh lupa lak. hahahahaha....Pasal design lak, buat ikut kreativiti sendiri, guna bahan-bahan yang ada. Kalau korang selalu tengok kat tv pasal benda-benda kreatif D.I.Y ni, mesti korang ada idea punya la. Macam-macam leh buat. Bila dah siap semua tu, dah design cantik, siap dengan ucapan suma, nak lagi kreatif? aku selit je duit raya 5sen kat tiap-tiap kad raya yang aku buat tu. Kira sedekah duit raya gak tu kan kan...hahaAHhHAhHA, dah siap semua, aku buat la pulak sampul untuk kad raya tu.

Kalau nak buat sampul ni, beli kertas A4 yang nipis-nipis pon takpe. Setakat nak potong dan lipat kertas untuk buat sampul ni bukan la susah mana pon kan. Bila dah siap, aku pon, tampal setem... mmm terpikir jap...dulu pakai setem eh kalau nak anta kad raya? tu aku kompius sket. Biasa la kalau nak buat imbas kebelakang ni kan. ntah.. heheh. Bila dah siap, dah pos, pastu tunggu je la dapat jawapan. Alhamdullillah, rasa berbaloi la masa tu bila dapat balasan kad-kad raya dari kengkawan. Penat lelah pon tak terasa.

Itu je lah pengalaman masa aku dulu-dulu sibuk buat kad raya dari beli kad raya. Korang punya pengalaman macam mana? Mesti lagi best kot. huhahuhahahaha.. 


FootNote ~ korang masih guna kad raya lagi? Aku dah lama tak hantar kad raya. huhuhuhuhu


Read more

22 August 2011

Nuffnang Preview Screening of The Smurfs

0 EDITOR COMPLAINING
Baru pukul 5, saje check email jap mana tau kalau ada benda-benda penting ke, berita-berita penting ke ape kan.. tertarik lak tengok ada email dari Nuffnang. Aku pon baca la mende yang derang hantar. Oh.. hahahahhaa aku dapat tiket untuk tengok Screening Preview The Smurf 3D kat TGV, 24hb ni. Mula la terpikir-pikir. Kalau dapat tgk ni, best gak nak posting kat blog nanti ni kan. Orang lain tak tengok lagi, aku dah boleh tengok. (tu pon kalau boleh pegi kl la.) hehhehe

Apa pun alhamdulillah. Sekurang-kurangnya ada jugak posting aku ni leh bawak tuah sket walaupun tak banyak heheheh...Masih nak mencuba kerjaya blogging ni secara sambilan. Harap-harap ada la yang sudi nak menatap blog yang tak berapa nak ceria ni. hehehehe

Hujan pon baru berenti. ohh kejap kejap.. Entry aku sebelum ni memang citer pasal jiwa aku yang mendung ni tapi masa tu panas terik. hehehe lepas aku post je entry tu, dengan kilat, mendung semua membuatkan aku terpaksa la tutup router aku ni dari kena sambar untuk kali kedua. Nanti satu kije pulak aku nak mencari router yang berharga hampir 2ratus. Terima kasih hujan sebab faham condition aku tadi. heheh. Happy-O-Meter pon dah naik la sket bila melayan Spongebob neh. hahaha adoi... boleh la.. kalau tiap2 petang duk tengok.

er... aku dah melalut dah. Lari dari topik aku kat atas. Kena stop kat sini dulu. Kawan-kawan semuslim, Selamat Berbuka Puasa. Kepada yang bukan islam, selamat menjamu selera dengan juadah yang pelbagai rasa. hehhe


FootNote ~ Thank You Nuffnang !
Read more

Need something please!!

0 EDITOR COMPLAINING
Mood aku tak ketentuan skang, jadi aku perlukan sesuatu untuk hilangkan rasa serabut kat kepala dan macam-macam yang bercampur baur. Tak tahu la dah brape kali aku dengar lagu ni. Ulang... ulang... ulang dan ulang lagi sampai la aku rasa aku punya mood level boleh sampai ke mood lagu neh..

Tak boleh nak dengar lagu yang selalu aku dengar. Layan heavy jap lagi aku rasa boleh bertuka dah jadi .. jadi ape eh? hahaha kalau jiwa memberontak ni, aku tak tahu nak cakap. Macam-macam boleh jadi. Penipu Penipu Penipu... abis semua... semuaaaaaa sama je laaa... come on.. come on.. bangun. Jangan mimpi lagi, jangan berangan lagi dan jangan tunggu bulan tu jatuh ke riba. Nanti sebesar-besar bulan nanti aku takleh nak pegang pulak. Kalau setan takde dalam bulan puasa ni, abis ape yang masuk banyak sangat dalam kepala otak aku ni.

Aku rasa ... mungkin Ying Yang aku dah tak stabil kot. Zen aku dah terganggu. Nak kena tuka ke tak URL ni..ntah ar. Hari yang panas terik tapi aku rasa macam mendung nak hujan. Rasa macam awan mendung je duduk atas kepala ni.



Ok tak kalau macam tu? mesti ok kot. hahaha ape aku merepek ni. Aku tak tahu nak posting ape sebenarnya. Kepala otak yang berserabut, mood yang tak memberangsangkan buatkan aku nak posting apa-apa pon tak boleh. oh.. jap..iklan - next episode Glee - derang nak nyanyi dan buat macam flash mob Barbra Streisand. Best lagu neh... layan je.
Read more

Remind Of Something ~ HEART ACHES & RAINY

0 EDITOR COMPLAINING



There's always something there to remind me. Sigh - August!  That means we're half way through the year but I think mentally I'm still at about March - where did it all goOn that note - why is it that when it rains it always seems to pour down? I was feeling that I was repeating myself a bit.I hate it for a different reason. Seriously.


It's all right, you did the right thing. But something still makes you miss those days and you're tired of walking down the streets alone  Yes, you're on your own and you need someone who makes you miss your home.  




FootNote ~ When the day is done ~ i'm chasing the wrong dream
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    9 months ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    1 year ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    9 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    10 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    13 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    13 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    14 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here