ni kisah aku memula blaja dulu lepas abis SPM. aku dapat tawaran ke ILP kangar, Perlis Indera kayangan. aku belajar kat sana pun tak lama. dalam setahun je. best tol blaja kat merata tempat nih. cuma yang aku x pegi la luar negara je.
kalau tak silap aku, waktu ni aku amik tahun 2001 kot. kuar outing atau pun aku dah balik dari kampung untuk lapor diri masuk ke hostel. ILP ni dekat je dengan Maktab Perguruan kalau tak silap aku. ni pun ingat-ingat lupa ke nih. hehehe...tapi skang aku tak tahu la camne keadaannya kan. nak gak aku kontek dengan kawan-kawan lama terutama sekali bebudak bach aku Sekolah Menengah Ibrahim Sungai Petani. Sapa-sapa yang ada terbaca nih dah tau pasal nih.. kontek je aku.
Ni lak pensyarah aku ni.. jap.. aku dah lupa lak nama pensyarah aku arr.. huhuuh.. teruk tol ar..cute tu..hahahah...jahat woo aku nih..ni aku amik gamba dah nak dekat-dekat grad la. untuk pengetahuan semua, aku ni amik sijil Kemahiran malaysia tahap 2 jurusan sistem maklumat. waktu ni aku aktif gak sukan tapi aku main bola tampar je ar.. tak penat sangat berbanding bolasepak. dulu waktu sekolah aku main gak bola sepak wakil sekolah tapi akibat selalu aku di perlekehkan oleh ayah aku merangkap jurulatih bolasepak sekolah, terus aku quit bolasepak, masuk bola tampar. tapi tu la ayah aku ni, semua sukan dia tahu n dia main sebab waktu muda2 dulu memamng ayah aku ni kuat sukan gak.. antara tempat yang aku pegi waktu wakil ILP, aku pegi ILP Ipoh dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi Kulim. Aku g sana ada karnival sukan ILP malaysia.
memang banyak pengalaman, kawan yang aku dapat. aku ada jumpe gak orang kampung aku..ada mcm sedara mara aku la yang blaja kat ipoh. tapi rasanya aku tak bawak kot gamba tu.
Ni kawan-kawan aku pas abis belajar kat ILP, aku dengan kawan-kawan aku kena praktikal. Kat sini aku duk melepak Kangat waterfront, kalau korang g perlis, memang akan nampak tmpat ada air pancut dengan keris bersilang. hahaha...kat situ ar, tapi terus terang aku cakap, perlis memang tak happening sangat pasal hiburan terlebih sosial ni. setakat ayang aku tengok dan stay kat sana, ada skate scene pun ok kat taman TRU, pastu gig pun ok. Yang aku ingat sampai skang, band Hygra, yasser, double paddle drummer. tu band perlis dia. selalu gak aku g tgk perlis local band ni jammed kat jamming studio dekat dgn stesen bas tu. pe nama ntah tempat tu pun aku dah lupa. sebab waktu tu aku ingat yang aku ingat kaki Mirc dan berTenet. ada gak la layan indie sket2 tapi waktu tu bukan layan indie yg skang tapi yg death metal hardcore sket. hahaha.. aku pun dah lupa la semua tu. zaman-zaman berkabung nih. dah tak macam skang.
penat gak menaip nih.. nanti aku sambung lain. nak siapkan artikel lain lak....
adios..
Makan Kenduri Dalam Talam
-
Hidangan kenduri bertalam
Masa kecik2 dulu, merasa makan kenduri yang dihidangkan dalam talam.
Kemeriahan itu sangat terasa. Seronok.
Kenduri dulu2, leti...
1 month ago
0 EDITOR COMPLAINING:
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™