THE COCOON ™: 01/01/2012 - 02/01/2012
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

27 January 2012

Time ni gak Idea datang

2 EDITOR COMPLAINING

Seriously la kan waktu aku nak pejam mata, nak masuk toilet atau dalam toilet (tak kisah la mandi ke ape), mesti idea tu datang. Pastu sambil mandi lak kena sebut-sebut pasal taknak bagi idea tu hilang. Bukan pe kalau idea macam tu nak datang balik mesti lambat catch up punya. Paling tidak pon 3 saat je benda tu ingat dalam kepala otak pastu kita akan lupa balik. Betol tak?

Ada sampai satu part aku dah tengah nak lelap tido dah ni tetiba datang ilham dan idea yang best sangat-sangat sampai aku kena bangun dan bukak pc aku balik. Tak teringat langsung kalau nak catat apa-apa kalau idea datang. So bagi aku lepas ni memang selalu kena bawak note book kecik yang leh terselit kat poket. Pastu bila ada benda datang ke, idea ke, ilham ke atau apa-apa yang buat korang rasa bagus untuk di letak dalam blog atau untuk diri sendiri, terus leh tulis dalam note book. Betol tak?

FootNote ~ Hari ni dah jumaat. Penghulu kepada segala hari. Selamat hari Jumaat semua warga user di alam maya.
Read more

23 January 2012

Happy Chinese New Year

4 EDITOR COMPLAINING

Happy Chinese New Year kepada yang komuniti masyarakat cina di seantero dunia. Well... satu dunia tapi aku cuma guna Bahasa Melayu. Sape lagi yang nak naikkan bahasa kebangsaan kalau bukan kita sendiri yek. Setengah jam bermula dari pukul 12 tadi aku duk melayan percikan bunga api yang berdas-das di tingkap bilik aku. Diselang selikan dengan meriam, mercun dan mercun kecik-kecik comel. Nak main bunga api? Boleh tapi jangan sampai masuk umah aku atau terbakar rumah suda.

Tiap kali hari perayaan apa pon, memang bunga api ni la penyeri untuk malam-malam perayaan. Kalau yang tak tahan memang boleh memekik segala bagai. Satu persoalan yang selalu timbul ni benak pikiran aku, kenapa kalau perayaan lain, ada bunga api... JARANG sangat aku dengar ada budak mati ke, cedera ke dek bermain bunga api tapi kalau kena Hari Raya, memang sah dah confirm la ada je masuk berita putus jari kena mercun buatan sendiri. Kalau mercun buatan sendiri aku tak penah la main tapi kalau meriam buatan sendiri tu penah la. Korang penah main merian tiang telefon? seriously memang aku penah. Tiang telefon tu buat meriam. Berdentum macam meriam keta kebal? meriah kat A Famosa? atau kat mana-mana yang ada meriam. Bijak tapi biar kena tempat je.

Pendapat aku la kan, CNY ni banyak yang main mercun orang yang tua-tua kot. Takde la kot bebudak yang kecik-kecik ni berani nak main mercun besau besau macam tu kan. Aku cuma bagitahu. Kalau korang rasa ada sebab lain, boleh share gak. Tapi bagi aku setiap kaum ada adat resam derang sendiri. Respek satu sama lain. Bukan selalu nak dapat dengar bunga api ni. Setahun 2, 3 kali je dengar. Bukan tiap-tiap bulan. hehehe
Yang dapat angpau tu best la.. Sepanjang umur aku la kan, baru sekali aku penah dapat angpau CNY ni. hahah bangga la pulak. Tak tahu la kalau orang lain banyak2 kali pon aku tak heran janji aku dah penah dapat. Cerita dah nak mengarut better aku stop pastu tengok movie je. hahahha adioss

FootNote ~ Gung Hei Fat Choy
Read more

22 January 2012

I'm a LONELY boy

2 EDITOR COMPLAINING



Well I'm so above you
And it's fine to see
But I came to love you anyway
So you tore my heart out
And I don't mind bleeding
Any old time to keep me waiting
Waiting, waiting

Chorus:
Oh, oh-oh I got a love that keeps me waiting
Oh, oh-oh I got a love that keeps me waiting
I'm a lonely boy
I'm a lonely boy
Oh, oh-oh I got a love that keeps me waiting

Well your mama kept you but your daddy left you
And I should've done you just the same
But I came to love you
Any old time you keep me waiting
Waiting, waiting

Chorus:
Oh, oh-oh I got a love that keeps me waiting
Oh, oh-oh I got a love that keeps me waiting
I'm a lonely boy
I'm a lonely boy
Oh, oh-oh I got a love that keeps me waiting

Oh, oh-oh I got a love that keeps me waiting
Oh, oh-oh I got a love that keeps me waiting
I'm a lonely boy
I'm a lonely boy
Oh, oh-oh I got a love that keeps me waiting

Oh mood terbaik pulak. Tu la jadinya kalau dah dengar lagu best. Aku ingat nak menari macam tu gak tapi dalam bilik je la. Lagi pon aku bukan penari yang baik pon hahaahaha... tapi best kan. Hati mau happy dan ceria selalu barulah hidup ni lagi bermakna. Happy Chinese New Year. Skang ni tengah hujan di malam hari. Oh sedapnye tido nanti. Tu pon kalau aku tido kan tapi selalunya takde makna aku tido waktu macam ni.

FootNote ~ Oh, oh-oh I got a love that keeps me waiting
Read more

Sorry : CLOSE

2 EDITOR COMPLAINING

Hari ni duduk rumah je sebab takde plan nak pegi mana dan selalunya kalau berhujung minggu memang aku tak pergi mana-mana. Selesa duduk rumah atau lebih baik lagi bersantai kat rumah je. Nak tengok wayang? dah banyak sangat movie aku dah download. Nak karaoke? sorry suara aku memang sumbing lagi pon aku memang tolak tepi kalau nak nyanyi-nyanyi sebab nanti aku akan tergelak sendiri bila dengar sore aku kat speaker tu sampai satu part aku akan cakap, "Iye ke sore aku tu? gila sumbang" hahaha maka dengan tu untuk elak dari kena kutuk atau aku kutuk diri aku sendiri, baik aku tak payah nyanyi tapi kalau dengan alat muzik, tu memang tak tolak sebab aku lebih suka kepada memberi sumbangan bunyi instrumen dari bunyi sore aku. Tu lagi baik.

Bangun lewat walaupun tido awal. Tido awal ke? bagi aku memang aku tidol awal gak la sebab selalunya aku tido lepas dengar azan subuh tapi kali ni aku tido sebelum azan subuh. Kalau tak silap dengan pandangan mata aku di dalam kekelaman malam bilik yang bertemankan cahaya dari monitor pc aku, memang aku pasti aku tido pukul 3 pagi tadi. Kira awal la kan tu. Bangun pon takde lewat sangat sebab memang sarapan aku terus terlepas. Tengok jam dah pukul 11 pagi. Terus dalam kepala otak aku berlegar-legar menu masakan untuk hari ni. Ingat nak wat pajeri nenas je.
Siapkan diri apa yang patut, kemas bilik dan siap-siap nak pegi kedai. Aku rasa Chinese New Year tu esok tapi hari ni suma kedai dah offline. er.. nampak sangat nipunye kalau suma kedai tutup. Ada gak yang bukak tapi takde la sebanyak hari biasa. Meronda-ronda gak aku dalam setengah jam sebab aaku terlupa beli bawang besar dan bawang putih. Jenis aku memang takkan masak kalau takde bahan yang cukup. Nanti tak sempurna rasa gitu. Ye aku paham manusia pon tak semua perfect kan. So aku bukan cakap pasal manusia. Aku cakap pasal bahan makanan yang aku nak masak. Tu perangai aku kalau nak masak ke atau ape ke, aku mesti nak kena bagi benda yang aku nak wat tu kena ada. Kalau tak memang tak akan buat. lapar pon lapar la. Aku makan roti. hahahaha

Menu tengahari aku.... takde la tengahari sebab makan pon dah nak ke petang gak tapi merangkap sebagai tengahari la tu sebab masaknye tengahari dan makan pula dah petang-petang. Oh lupa pada point aku, menu aku hari ni ialah pajeri nenas, telur dadar dengan sup sayur je. Kalau nak makan aku memang tak suka campur benda yang berminyak dengan yang berkuah sup. Memang takleh macam tu. Kalau makan kari.. just kari.. pastu kalau nak makan nanti2, aku akan makan nasi n sup sayur tu lak. Kiranya takde campur2 kalau sekali makan. Benda yang aku ada terpikir, apa hidangan masyarakat cina di Malaysia kalau derang makan besar dengan keluarga petang ni? Saje terpikir. Korang tahu? Bukan apa nak tahu je kan. 
Kesian kat hamster aku 2 ekor tu. Rasa terabai kot sebab duk bz je skang ni. Nak memblogkan diri pon dah jarang-jarang, nak main dengan 2 ekor tu pon dah jarang2-jarang gak cuma makan minum tu aku jaga la gak. Takpe.. nanti jap lagi kite main sama-sama yek. Cuci pe yang patut. Bagi mandi pakai sembur-sembur je. Takde mandi macam mandikan kucing. Esok dah Chinese New Year, malam ni mesti banyak movie kan. Apa lagi... layan je laaaaa

FootNote ~ jom beraktiviti di hujung minggu...
Read more

20 January 2012

We provide… 'leverage.'

0 EDITOR COMPLAINING

Betol-betol gila. hahah tahun-tahun yang lepas aku gila nak tengok GUNDAM tapi bila tengok kat Astro ada citer Leverage ni memang terus jatuh hati kat Parker hahahhaa cute betol. Bagi yang tak pernah tengok atau yang tak tahu, Leverage ni adalah cerita mengenai sekumpulan orang jahat tapi derang guna kepakaran derang ni untuk membuat kebaikan. Seperti kata Nate Ford "Sometimes bad guys make the best good guys. We provide… 'leverage.'"

Kumpulan derang ni terdiri daripada  Hacker Alec Hardison (Aldis Hodge), Thief Parker (Beth Riesgaf), The Mastermind Nathan Ford, Hitter Eliot Spencer (Christian Kane) and grifter Sophie Devereaux (Gina Bellman), mengikut turutan dari kanan ke kiri. Seronok? memang seronok sebab derang leh jadi macam-macam. Kalau nak tahu cerita dia macam mana, boleh cuba search kat youtube. Leverage dah ada sampai season 5 dan dalam koleksi aku cuma ada season 4, tu pon baru ditayangkan kat siaran luar.
Dengan kata lain, derang semua ni adalah Robin Hood versi moden sebab derang membantu orang yang ditindas, ditipu dan sebagainya. Musuh ketat derang cuma sorang ni je iaitu James Sterling. Rakan sekerja Nate di IYS insurance. Sterling dengan Nate ni kerja sebagai penyiasat insuran. Memang stail gitu. Skang ni aku memang duk kusyuk melayan season 4 je la. Memang best sebab tak sangka lak Hardison dengan Parker tu macam bercinta gitu hahaha best best. Jom layan






FootNote ~ “The rich and powerful, they take what they want. We steal it back for you. Sometimes bad guys make the best good guys. We provide… ‘leverage.’”
Read more

19 January 2012

WIKIPEDIA : World Heritage UPGRADED

2 EDITOR COMPLAINING


File:Wikipedia for World Heritage logo en.png



This year WIKIPEDIA celebrated its 10th anniversary – a great occasion to honor what a lot of people achieved together and to ensure the continued existence of WIKIPEDIA as a platform of free knowledge.

It all began with a simple idea:
“What if everyone was given free access to the sum of all human knowledge?” 
Within the last 10 years, this seemingly utopian idea has resulted in nothing less than the largest collection of human knowledge ever created. Independent, unrestrictedly accessible, and non-commercial.
This achievement made WIKIPEDIA a pioneer of cultural change because WIKIPEDIA transferred the tradition of knowledge exchange into the new, digital age. Thus creating a unique place of knowledge exchange in the history of civilization.

This is why as a cross-border cultural achievement, WIKIPEDIA deserves recognition and protection as UNESCO’s first digital World Cultural Heritage Site. If you share this opinion, sign the petition.



Wikipedia thanks english.png
Read more

18 January 2012

WIKIPEDIA : Blackout

0 EDITOR COMPLAINING
Cuba bayangkan dunia tanpa pengetahuan yang percuma, tak perlu bayar. Tu lah kata-kata yang diguna pakai oleh Wikipedia dalam membantah SOPA atau STOP ONLY PIRACY ACTKalau tak silap aku Wikipedia dalam versi English atau mungkin juga ada yang sebilangan versi lain akan mogok selama 24 jam iaitu dengan menggelapkan diri, blackout. Aku ingat Earth Hour je ada kan. hehhe


Untuk pengetahuan korang gak, kalau SOPA ni diluluskan makan takkan ada lagi maklumat yang korang dapat cari dalam google ni atau di dalam Wikipedia dimana Wiki ni boleh juga dianggap sebagai perpustakaan maya (bagi aku) yang mempunyai banyak pengetahuan. Akta SOPA ni akan membuatkan individu seperti kita ni dilarang untuk mendapatkan maklumat didalam internet. Hak kita tu kan? Walaupun akta ni hanya dijalankan di USA, berkemungkinan jugak kesannya akan dapat pada seluruh dunia dimana kalau USA tak tahu la kan, internet ni memang rangkaian global dan kebanyakannya pulak memang beroperasi di situ jugak. Betol tak. Nak melarang orang buat tu ni bukan masalahnya. Yang penting kita kena tahu, macam Puteri Buluh Kasap Betong cakap, Kalau guna baik, jadinya baik, kalau guna jahat, jadinya jahat. har har har
Tujuan SOPA ni memang dah jelas untuk menghalang cetak rompak, atau aktiviti piracy, hakcipta yang memang agak berleluasa di internet ni walaupun niat derang tu betul tapi derang punya implementation akta tu rasanya akan menimbulkan banyak masalah. Susah gak nak torrent nanti kan? hehehe jangan tipu la kalau korang takde download lagu, movie, copy paste artikel dan sebagainya. Tu pon tetap di kira piracy tauu
 
Jadi... pemilik laman web atau blogger macam kita ni yang perlukan sumbangan berasaskan pembacaan artikel di surat khabar atau sebagainya  akan terpaksa mempolisikan artikel makna kata lain kalau ada artikel dalam blog ke yang melanggar akta SOPA ni, secara automatic boleh digunakan untuk menutup blog atau website dimana kita boleh tengok benda ni sebagai satu impak atau kesan yang besar besaran ke atas enjin carian lain. Cuba bayangkan kalau kita search google ke, yahoo! ke tapi takde benda yang kita leh cari tentang maklumat yang kita nak. So how can it be?? Takde dah nak kejar SEO je, follower ke, reader ke ape sebab tak tahu benda apa yang nak tulis kecuali life sendiri2 je. hahahaha best kan?

Pikirkan la yek. Bukan nak sokong piracy atau apa pon atau nak tunjuk yang kita memang tolak piracy tapi walaupun benda tu kecik ke ape, tu bukan soalnya. Kalau dah download, copy paste, memang sah2 dah pircay tu. Takde konspirasi hitam ke, ape ke yang benda2 melalut2 ni. hahaha Pikir guna otak bukan guna lutut.

FootNote ~ So to those who can, please do help to keep the Internet free and open, not only for us but for our future generations as well. Knowledge should be shared and not to be for sale.
Read more

Yahoo! Co-Founder RESIGN : Jerry Yang

0 EDITOR COMPLAINING

Ni la cerita terhangat yang baru, co founder Yahoo! iaitu Jerry Yang dah resign dari segala jawatan yang dia ada dalam Yahoo! dan sebagai penggantinya dia telah melantik Scott Thompson sebagai Chief Executive Officer atau CEO ke dua gitu la kan. Jerry Yang dan David Filo menubuhkan Yahoo! pada tahun 1995 dan dia telah bersama dengan Yahoo! selama 17 tahun. Memang lama sangat dah tu.

Mungkin dia ada matlamat hidup lain kot sebab tu dia hantar surat kepada Roy Bostock iaitu ahli lembaga pengarah Yahoo! dengan statement "the time has come for me to pursue other interests outside of Yahoo!". Lama sangat dah kot tu yang nak mencari benda lain.
Yahoo Bang Logo


Yahoo Red Logo


Yahoo Purple Logo


FootNote ~ Yahoo! memang tak banyak stail pon kalau nak dibandingkan dengan doodle Google har har har

Read more

17 January 2012

TITANIC versi Moden

0 EDITOR COMPLAINING
AFP Photo (© AFP Photo)

Titanic versi yang lebih moden. Bukan sebab terlanggar iceberg ke ape tapi sebab terlalu dekat dengan pantai. Korban nyawa setakat ni 5 orang. Kapal yang sebesar ni pon boleh jadi gitu kan kan. Kalau kat tengah-tengah laut? aku agak mesti lagi ramai yang terkorban. Nasib baik dekat dengan pantai so bantuan pon cepat la sampai. Jom kita tengok sama-sama gambar berkenaan The Costa Concordia Italy Cruise ni.
AFP Photo (© AFP Photo)

AFP Photo (© AFP Photo)

AFP Photo (© AFP Photo)

AFP Photo (© AFP Photo)

AFP Photo (© AFP Photo)

AFP Photo (© AFP Photo)

AFP Photo (© AFP Photo)

AFP Photo (© AFP Photo)

AFP Photo (© AFP Photo)

AFP Photo (© AFP Photo)

AFP Photo (© AFP Photo)

AFP Photo (© AFP Photo)

AFP Photo (© AFP Photo)

AFP Photo (© AFP Photo)

FootNote ~ Kapten kapal tak nampak tebing ke ape ni yek. Dekat sangat dah ni


Read more

Yeah Wang BESAR

2 EDITOR COMPLAINING

Yea.. wang besar datang lagi. Semenjak aku dah bertukar kerjaya ni, memang takde masa sangat nak update blog hari-hari macam selalu. Letih woo yeah. Dah duk kecoh kan orang yang akan dapat BR1M ni. RM500 sedap tu kan lagi pulak ditengah bulan ni memang bagus sangat.

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan duk cari. Kalau orang nak bagi kita amik je dah nama rezeki kan. Wahh best pulak bila tengok orang dapat duit ni. hahah sampai speechless lak. Pesal lak speechless. Baru je sampai rumah tadi hampir gak kul 12. Terpaksa aku kerja sampai lewat malam. Penat woo tapi sabau je la kan. Dah namanya kerja. Kalau tak kerja mana kan nak dapat duit lak.

Hari Ponggal, Tahun Baru Cina menjelang tiba. Kepada sesiapa yang sambut tu aku patut ucapkan selamat menyambut la kan, Pejam celik nanti tak lama la nak puasa. Kalau seingat aku la kan. Dulu-dulu raya dengan puasa ni hujung-hujung tahun. Tapi skang dah macam makin cepat. Perasan tak? perasan tak? kan kan. Wang aku tak besar mana sangat skang ni. Yang ada dalam akaun Nuffnang cuma RM3.50 je. Jauh lagi kalau nak tunaikan yek. hahahah sabor je la

FootNote ~ bestnye tengok derang pegang duit RM500 ... wahhh
Read more

11 January 2012

Walkman, Pressman, Watchman, Scoopman, Discman & Talkman

4 EDITOR COMPLAINING


Bila tengok menatang alah ni, mesti teringat kan kan? Zaman aku dengar walkman versi tape ni kalau tak silap waktu sekolah menengah di tingkatan 1 atau 2 gitu. Ishh kalau dulu sape ada walkman ni dah kira best sangat dah... macam Ipad, Ipod gitu pada zaman skang. Berubahan demi perubahan gitu. Benda ni aku ingat waktu aku belajar kat sekolah berasrama dulu. Malam-malam nak tido, dengar benda ni tapi bukan aku la yang dengar. Budak lain. hahah jakun dah waktu tu.
Kalau versi ni yang aku paling suka sebab kompak. Saiz walkman ni besar sikit je dari tape yang biasa tu pastu tak tebal macam walkman yang lain dan lagi satu siap ada remote control kat earphone. Aku tengok.. terus jakun 100 kali. Kalau yang jenis ni memang mahal sikit dari yang biasa sebab ada macam-macam fungsi. tu dulu punya citer la , tahun 90 an punya. Kalau ada pon skang maybe dah anggap macam antik dah kot. hehhe
Lepas abis zaman suka Walkman, keluar pulak Disc-man. Yang ni pon best gak sebab kalau nak dibandingkan antara cd dan kaset, kapasiti cd tu lagi besar. Leh tak macam-macam lagu. Tapi aku tak ingat lak Disc-man ni leh letak cd RW ke tak dan kekurangan kat sini cuma saiz tu besar yang amat sangat. Sebesar tapak tangan. Takkan nak sarung kat poket lak kan? ahhah takde la orang yang dengar pon sama ada letak dalam beg atau sangkut kat pinggang dan disitu jugak la gunanya remote control tu. Apa -apa info tengok je kat info lcd tu.


Bila zaman dah berubah dan semakin maju, benda pon jadi semakin kecik dan nipis. Antara dua ni, aku ada salah satu la. Bukan apa, dari duk dengar kat hp, cepat je bateri abis. Lebih baik aku dengar guna Walkman macma ni. Bateri hp pon tak kacau kan? Bagi Sony, tak kisah la bentuk macam mana pon, trade name sony ni memang Walkman. Dia tak panggil Mp3 player ke ape. hahah tu pasal ada simbol W. The names "Walkman", "Pressman", "Watchman", "Scoopman", "Discman", and "Talkman" are trademarks of Sony.


FootNote ~ Bila duk rehat atau santai sambil dengar lagu, terus aku leh flashback ke zaman aku dulu. Skang dah besar ibu jari je. Kalau dulu sebesar tapak tangan. Kadang-kadang masa yang berlalu dengan cepat ni wat kita tak sedar. Tahu-tahu je dah terus ada macam tu.

Read more

08 January 2012

Men'Torrent'kan Diri : Support Piracy?

2 EDITOR COMPLAINING
Hari cuti macam ni sangat elok aku mentorrentkan diri sampai termuntah hijau. Sorry to say aku menyokong industri piracy lak pulak kan. Nak wat macam mana orang yang macam aku memang malas nak keluar rumah semata-mata nak tengok wayang. Perlu ke aku berbelanja sebanyak brape RM pon aku tak tahu harga tiket wayang sedangkan aku leh dapat dengan percuma? hahah memang patut aku gelak macam shaiton.
Kalau nak menyedut movie yang best, semestinya patut diluangkan pada masa cuti dan juga di pagi buta. Memang memudahkan pekerjaan aku ni. Download pastu biar desktop buruk aku ni tak tertutup sampai 2 hari. Kalau setakat 600mb tu, tak sampai pon satu hari tapi kalau dah 2 hari aku tak tutup desktop ni maksudnya memang banyak la yang aku sedut. Best best best.... apa pon takleh blah. Apa korang buat time gini hah? Blogwalking la tu kan. Aku memang tak agak pon benda tu. Saje je.
Sebut pasal piracy, atau benda cetak rompak ni, memang dah ada dalam kalangan kita sendiri. Untuk aku yang bukan jenis beli barang branded ke ape atau pegi ke Premium Outlet, butik-butik dan sebagainya yang aku tak larat nak list, memang akan ada benda piracy ni. Download mp3 pon dah kira piracy, Beli baji AVIVAS Adidas local pon dah kira piracy gak tu kan. Jangan kata korang takde support piracy, tu tipu je la kan. Sape tak download? sape tak kopi pes assignment? Har Har Har ! Kopi pes? er tu dah kira piracy la sebab menciplak. Ala yang aku tahu aku pon buat. Dengar lagu best kat radio, download jugak kan. Untuk apa beli kalau kita leh dapat benda tu secara percuma, senang dan cepat? betol tak? Apapon kalau ada yang kita leh support, kita sama-sama support. Bukan totally nak piracy je kan? Ayohhhh

FootNote ~ Kali terakhir aku tengok wayang di panggung wayang.... seingat aku la... 4 tahun lepas kott. haha

Read more

06 January 2012

Aksi berani makan diri

0 EDITOR COMPLAINING
PERIKSA...anggota JPJ memeriksa kenderaan yang diubah suai.



KUALA LUMPUR: Layan drift depan anggota kereta peronda. Begitulah lagak berani seorang pemilik Nissan Silvia yang sepatutnya digunakan untuk pameran kereta seperti seolah-olah mencabar peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang melakukan rondaan di Bandar Tasik Selatan, Cheras.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan berusia 24 tahun itu terlupa penguat kuasa JPJ mampu menjejaki kenderaannya berdasarkan nombor pendaftaran digunakan.

Hasil intipan Unit Risikan Operasi JPJ Kuala Lumpur, pemandu kenderaan berkenaan dicekup bersama keretanya itu di rumahnya di Taman Connaught, Cheras kelmarin.

Pengarah JPJ Wilayah, Mohd Nadzri Osman berkata, ketika sepasukan anggota peronda JPJ sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan, mereka ternampak sebuah kereta jenis Nissan Silvia berwarna hijau yang diubah suai dan ketika cuba ditahan, pemandu kereta berkenaan sengaja memecut laju.


“Pasukan peronda yang mencurigai mengekori kenderaan berkenaan bagaimanapun pemandu terbabit menunjukkan keangkuhannya dengan mempamerkan aksi drift di hadapan kereta peronda sebelum melarikan diri.

“Bagaimanapun, melalui nombor pendaftaran kenderaan itu, Unit Risikan Operasi berjaya menjejaki kereta itu dan mencekup pemiliknya selain menyita kenderaan itu,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati keretanya itu kebiasaannya dipamerkan ketika pameran kereta di ibu kota bagaimanapun cara badan kereta dan ekzos itu tidak diubah suai tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Beliau berkata, cara pemanduan drift di jalan biasa adalah kesalahan berat kerana ia bukan saja membahayakan pemandu itu sendiri malah pengguna jalan raya lain.


Pendapat aku :

Ni tak lain tak bukan mesti dah terikut dalam filem ni. Yeahh terlalu banyak minda rakyat yang disogok dengan filem-filem. Kat Malaysia ni bukan macam kat luar, Fast and Furious, Grand Thief Auto atau Need For Speed Underground. Main game kuat ke atau tengok wayang kuat neh?

FootNote ~ Duk driff je, brape kali tuka tayar dalam seminggu?
Read more

‘Saya bukan Nur Amalina’

0 EDITOR COMPLAINING
PALSU...akaun facebook menggunakan nama Nur Amalina.



JOHOR BAHRU: Belum pun reda isu penulisan blog memfitnah dan memburukkan pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri, 23, kini timbul pula individu menyamar sebagai gadis itu di laman sosial facebook hingga mengelirukan pengguna lain.

Selain menggunakan nama dan biodata sama, individu berkenaan dilihat menggunakan gambar Nur Amalina sebagai profil gambar akaun itu hingga menarik perhatian pelayar Internet lain yang menyangka laman itu milik pelajar terbabit.


Bagaimanapun, ketika ditanya individu yang curiga dengan kesahihan akaun berkenaan, pengendali akaun palsu itu berterus terang dan berani mengaku dia bukan Nur Amalina dan mendaftar akaun berkenaan hanya untuk suka-suka.

Antara persoalan pengguna kepada pengendali itu termasuklah ‘Gara-gara keluar berita kau berubah, ramai nak add kau sebab nak tahu cerita sebenar, ini Amalina real (tulen) ke Fake (tidak tulen) ni?


Bagaimanapun, pengendali akaun itu dengan selamba menjawab ‘trully fake’ (sah tidak tulen) terhadap soalan individu terbabit.

Di petik dari Harian Metro

Pendapat aku :

Ntah apa la sampai ada yang nak menyamar jadi Amalina ni? Kalau setakat jadi FAKE Amalina kat Facebook tu, baik tak payah. Takde pon naik Unique Visitor ke ape ke kan. Pastu mak Amalina ni dah siap bagitahu kalau tak tutup ke ape akaun FAKE tu, dia nak report polis. Haa.. cepat la tutup yek jangan mudah nak amik kesempatan keatas benda-benda hot gini, amik kesempatan dan salah guna pulak tu.

FootNote ~ Apa yang dia dapat aku pon tak tahu sebab takde untung apa pon menyamar jadi Amalina ni.
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here