THE COCOON ™: 02/01/2012 - 03/01/2012
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

26 February 2012

Jiranku RACIST ! Ha Ha Ha

3 EDITOR COMPLAINING

Betol ke racist? tak tahu la apa yang aku patut cakap sama racist atau memang perangai dia memang macam tu. Kat sape aku kata ni? Kat jiran sebelah rumah aku. Nape aku cakap dia racist? Sebabnya seluas-luas jalan kat depan umah dia, seluas dan sepanjang longkang kat depan rumah dia, kawasan rumah aku jugak yang dia buang tahi anjing. Oh.. sebab rumah dia tempat parking keta tu bersimen, berjubin kilat-kilat takleh buang la? mesti kena buang dalam kawasan rumah aku juga? Tak ke racist tu?

Pesal tu je panggil racist? Yeah sebabnya memang berjiran tapi tak pernah tegur. Orang lain yang berjiran depan belakang, er kulit ada sama sikit tapi kaum lain-lain, ada je tegur. Ok je tegur kan. Tapi yang kat sebelah ni jangankan tegur, siap mengumpat kat belakang, pastu jiran lain pon duk cite kat kite. hahaha so ape masalah kau wahai jiran sebelah?
Hari tu kau baru pindah, memang bising woo, ko tebuk dinding rumah kau sana sini, tapi aku tak bising pon. Wat tak tahu je. Bila aku cakap kalau nak tebuk dinding sampai roboh pon tengok la masa sama kan? Dah tu seluas-luas rumah kau tu, boleh pulak kat buang kat tepi pintu dapur aku? tak ke racist tu? Tolong la weh kita ni hidup berbilang bangsa. Tak kisah la kaum pe pon hidup kena la toleransi, hormat satu sama lain. Bukan buat  ikut kepala kau je.

Kalau kepala otak duk nak anti kaum lain, memang susah la macam tu. Kalau nak ikutkan ati aku ni, memang nak bawak parang je depan umah kau tu tapi duk pikir kalau aku wat macam tu gak, memang takde beza aku dengan kau tu kan wahai jiran yang racist. Apa pon aku sabar je la. Kalau duk wat kepala sendiri teruk-teruk lagi memang tak mustahil la kan benda ni nak jadi teruk lagi.

FootNote ~ Hidup la kaw dalam dunia kaw sendiri la yek hahahah
Read more

19 February 2012

Super SUNDAY !

5 EDITOR COMPLAINING

Happy Super Sunday ! hahhaa takde mende yang happy sangat pon walaupun aku agak frust sebab terlepas game Chelsea. Semalam? aku tengok game Arsenal je la tapi takde la menarik minat aku nak tengok sangat. Bangun awal hari ni. Yeapp.. sepatutnya aku takleh bangun awal sebab aku tido pukul 4.30 pagi tadi. Kalau nak di ikutkan E.T.A aku bangun dalam pukul 11.00 atau pun paling lewat, pukul 1.30 tengahari. Har Har Har

Hari minggu, hujan lak tu kendian sejuk memang sesuai sangat lah kalau sambung tarik selimut balik ni. Apa cerita best kat talibesen? Tak sempat aku nak selak kat surat khabar di bahagian intisari rancangan tapi rasanya takde yang menarik la kot. Update blog, check email, facebook pastu pasang lagu dan sambung baring. Itu jela aktiviti aku.


Read more

17 February 2012

Hujan memang inesen

2 EDITOR COMPLAINING

Tengahari tadi keadaan cuaca kat Johor Bahru, terbaik jugak kot sebab tak panas sangat pon, Redup mata memandang je. Aku pikir mungkin kabus kot sampai matahari pon tak brape nak terang hari ni. Yeppi akaun Maybank. Uiks.merapu.
Lepak kat umah tadi tetiba tak semena-mena redup gelap macam maghrib. Tengok jam kat dinding, kat tangan, kat hp aku kompom mmg tak maghrib lagi ni, hujan nak lebat ghupenye. Terus aku berlari-lari anak ayam itik tokwi gitu naik ke atas sebab nak tutup router. Hahahah gila la takmo la aku tuka router sebab nanti kena sambar petir, sape susah? akuuu jugak kan. Hasil dari nuffnang takleh nak tebus guna lagi skang ni. Baru rm3.50 je

Hujan lebat yang tetiba gini memang tak lama. Skang dah terus berenti macam inesen je. Tadi lebat bukan main lak kan. Nasib baik sempat aku ke pasar beli barang-barang dapur sikit sebab nak masak kat rumah. Menu kita hari ni tuan puan, kari ikan beserta dengan kicap masin cap labuci. 

Sebut pasal Hujan dan Johor Bahru ni aku baru teringat satu kes bila Hujan buat gig kat JB, tapi aku dah lupa kat mana, dimana waktu sesedap rasa Noh duk nyanyi, bebudak kat situ sebut FUCK ramai-ramai kat dia. Har Har Har... kalau tak silap aku tu kes statement Noh yang tak bleh blah. Aku tak nak sebut sebab aku pon ingat-ingat lupa. Kang silap jadi fitnah lak kan, kalau betul nanti tak ke mengata? INESEN lagi. Aku kenal sorang mamat yang duduk atas bahu sape sambil tunjuk FUCK kat Noh. hahahah kelakar gak


Sekian terima kasih.
Read more

15 February 2012

EqbalZACK.com MSMW 2012 winner

6 EDITOR COMPLAINING

Pertama kali tahu pasal blog EqbalZack.com waktu aku memula masuk writing contest bulan OCTOBER 2011, Rasanya tu contest yang pertama dari EqbalZack.com yang aku gak yang pertama kali masuk contest pon dah menang gak. Memang agak mencabar bila nak kena perah idea untuk taip sesuatu yang agak serius kan? Kalau korang minat nak perah otak boleh cuba masuk contest kat situ. terbaik Ok.. cukup untuk tu.

Tahniah buat blogger EqbalZack.com yang telah menang MSMW 2012, dah masuk majalah, surat khabar. Memang terbaik la kalau kita bersunggugh-sungguh menceburi bidang blog ni, tu la hasilnya. Untuk sesiapa yang minat nak tahu apa yang best blog ni, korang kena pergi sendiri dah explore. Bagi aku yang moderate pada contest ni memang aku selalu tengok contest apa yang ada. Contest, info dan lifestyle.

SYARAT UNTUK WRITING CONTEST

1. All entries must be 100% ORIGINAL WORK. Strictly NO PLAGIARISM!
2. Open to my old and new followers.
3. Write a short essay in Bahasa Melayu or Bahasa Inggeris based on the title/photo given.
4. You may submit as many essays as you want, however only ONE [1] will win one of the prizes.
Remember Quality over Quantity!
5. Essays should be submitted via CONTACT FORM within this site. It is better to use a CONTACT  FORM for this purpose to avoid plagiarism

HADIAH
Hadiah tu tak menentu gak. Kadang-kadang rm100, kekadang rm50 beserta cenderahati. heheh tengok pada isu pertandingan tu gak la kan. 

Ha tunggu apa lagi, jom ramai-ramai pergi terjah bloh En. EqbalZack.com kita tu.



Kat sini aku nak tag SHA MY HEART dan CIK SUZLIN  Monolog Dalaman. Moh kite jejalan ramai-ramai yekk

Read more

Anak Patung @ Bumper Keta? WTFUUUUPffft

6 EDITOR COMPLAINING

Hari tu waktu aku sedang bersenang lenang di salah satu restoran makanan segera yang mencetuskan beberapa kontroversi aku terpandang akan sesuatu pandangan yang amat menarik hati aku. Pandangan yang aku rasa kalau aku jadi anak patung tu, mesti aku terseksa sebab takut terseret ke jalan tar giler...Ada orang cakap tu "DRIFT CHARM" konon-konon nanti nak main drifting tu selamat la sebab ada charm, dah satu hal benda khurafat kan. Nak drifting pon pakai luck charm ke? Practice make perfect la weh.

Ada gak aku perasan yang letak kat bawah tongkat motor tu, ada yang letak kat bumper kereta so aku terpikir datang mana budaya macam ni? Kalau korang nak tahu, letak anak patung kat bawah bumper kereta atau motor adalah budaya orang Thailand. Derang percaya yang roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat derang tu mati. So apa tujuaan patung yang digantung tu? sebagai satu simbolik kepada tangkal bagi mengelakkan roh orang yang mati eksiden ni tidak mengganggu  kereta derang.

 
Come on la weh... takkan korang buat benda ni tanpa tak tahu asal usul? Pakai ikut je? Stail? hahaha lagi aku nak gelak macam celaka ada lah. Pe yang cantik kalau letak patung macam tu kat keta? hahahah tak ke kelakar? Nampak smart kejadah pe la macam tu kan. 

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T.  

People have been adopting the practice of hanging a doll on their bumper without even knowing why. They simply saw others doing it and wished to do it as well. Niat nak pasang sebab nampak comel? watta fa

FootNote ~ Did I miss something? Since when has it been cool to hang dolls on the back bumper of your car?
Read more

14 February 2012

Hari Valentino Rossi har har har

4 EDITOR COMPLAINING
Saint Valentine's Day

Yeah haaa yippi yippi... aku memang tak tahu pulak hari ni ada hari sambutan pelumba motosikal dunia iaitu Valentino Rossi hahahaha... ops.. valentines gitu. Seriously aku memang tak tahu dan aku rasa benda yang tak patut aku ingat tapi aku tak ingat kan. Ehh betul la tu.

Bila bukak google je terpampang la doodle Valentine's Day. Oohhh pianoooo... pakcik baru tahu.....Baca blog orang ni dia cakap ish dose.. baca blog orang tu dia cakap ish maksiat sebab duk beromen dan kena tangkap khalwat di Hari Kekasih.. walawehhhh macam hari-hari lain korang taknak wat maksiat ke? hahahah Yang duk pegi pilih hari yang panas-panas tu pesal weh. hahahah aku pulak yang nak mengajar yek. Mana ada la. Tapi betul pe kan?
Sebut je hari istimewa yang apa-apa saje mesti ada kes lah. Kiranya nak buat tu biar waktu special occasion la gitu? Baru la senang nak ingat ye tak? Konon-konon istimewa habis la kan? hahahah takde nye... Bagi aku hari-hari adalah hari istimewa. hahaha cuma kita tahu atau tak menghargai je. MISAI PENDEK TIDAK PERCAYA, IBARAT KUDA HAMPIR MATI, KALAU ADINDA TIDAK PERCAYA, OPERATE LAH DADA, X-RAY LAH HATI har har har


Read more

Whitney Houston found 'underwater'

0 EDITOR COMPLAINING
Whitney Houston was ''underwater and unconscious'' when she was found in her Beverly Hilton hotel room.
Police have confirmed attempts were made for 30 minute to save the 'Greatest Love of All' singer after she was discovered by a member of her staff on Saturday afternoon (11.02.12), but she was pronounced dead at 3.55pm.

Beverly Hills Police spokesman Lt Mark Rosen said in a press conference: ''She was underwater and apparently unconscious. Ms. Houston was pulled from the tub by members of her staff and hotel security was promptly notified.''

Hotel security responded when called but were ''unable to reviver her'' after initiating CPR.

He added: ''At approximately 3.55pm, Whitney Houston, age 48, was pronounced dead at the scene.''

It was added the coroner's office had been asked to keep their findings into how she died secret until they were complete.

The police statement concluded: ''As can be expected in a high-profile incident such as this, there have been many rumours circulating and much speculation by the media and the public.

''In order to minimise such speculation, the Beverly Hills Police Department has asked the coroner's office to place a security hold on their findings until they have a complete and final report prepared.''
Read more

12 February 2012

It's FINGER Licking GooooD

2 EDITOR COMPLAINING
Oh yeah baru je selesai pasal pekerja KFC yang lap minyak tumpah dah perah balik masuk kat tempat masak tu dan ayam goreng KFC perasa tapak kasut dan keluar pasal kes bergaduh antara pelanggan dan pekerja KFC. Mesti ada je masalah yang ditimbulkan tapi takkan kita nak tuding-tuding jari je kan.

Bila moto "Costumer Always Right" yang menjadi pegangan maka pekerja-pekerja pon akan rasa tertindas la gak sebab nak memuaskan hati pelanggan. Untuk yang dah penah kerja nak kena hadap banyak pelanggan memang serious aku cakap nak kena marah ke ape ke, derang akan cakap pelanggan selalu betol. Memang pelanggan tu ada macam-macam karenah. Bagi aku pelanggan tu tak patut sebenarnya cakap gitu. Kena faham kondisi orang yang serve kita tu dan bagi pekerja tu pulak, bergaduh ke, maki hamun ke bukanlah penyelesaian kepada perangai pelanggan yang macam tu. 

Aku rasa mungkin pekerja KFC tu dah stress kerja kot. Orang ramai nak, stok pulak dah takde. Macam mana nak penuhi keperluan pelanggan macam tu kan? Tu satu hal lak kan. Derang nk kena masuk kursus kot macam mana nak bersabar ke ape. 

SEBAB NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA. Aku tahu ada tempat yang tak macam tu dan tak semua pon macam tu. Sebilangan tempat saje. Untuk yang bekerja dengan rangkaian perniagaan yang besar ni, memang akan busuk la nama baik syarikat tu. Tapi kita ni jangan la nak sama kan semua tempat macam tu. Pikir sama yang derang kerja cari rezeki. Waktu kes ayam KFC tapak kasut, minyak masak yang kena perah masuk balik tu memang aku tak pergi KFC untuk jangka masa yang lama gak tapi lepas tu aku pergi gak makan. Kalau benda yang aku makan tu kotor tanpa pengetahuan aku pon, tu antara orang yang masak dengan tuhan je la. Tak pon kita boleh cakap, BUAT BAIK DI BALAS BAIK, BUAT JAHAT DI BALAS JAHAT. Nak lari ke mana kan? heheh KARMA

KFC pon kena banyak hantar pekerja di pegi kursus ape-ape ke yang boleh buat derang berbudi bahasa sikit dan kita sebagai pelanggan pon jangan main ikut sedap kepala kita je sebab kita pelanggan. Nak demand macam raja memang takleh blah la. Nanti kena kat batang hidung sendiri... baru tauuuu hahaha

FootNote ~ Penah kije fastfood tapi takde lagi jumpa pelanggan gitu, penah kije retail dan mmg banyak jumpa pelanggan yang kurang ajar tak reti sabar. peace yow
Read more

11 February 2012

KuKu Hentak Hei la pulakkk

0 EDITOR COMPLAINING

Not bad and not bad at all kan. Kalau tengok cerita ni petang tadi memang aku boleh flash back balik waktu zaman sekolah dulu. Serious layan hindustan waktu sekolah dulu. Ada la dalam tahun 1997 ke 1999 gitu kot kalau tak silap aku. Kalau nak dibandingkan dengan cerita skang memang aku tak tengok dah. Hahahaha Mungkin agak merapu sket daripada jalan cerita dulu. Tu blom zaman rajinikanth lagi tu. hehehe


Bagi aku industri filem kat Malaysia ni not bad gak tapi aku belum jumpa filem keluaran Malaysia kategori sains fikyen yang dapat buat lagi ok. Setakat zaman XX-RAY tu je la. Kalau korang tengok cerita Robot versi hindustan, bukan i-Robot yang will smith berlakon tu tapi Robot yang Rajnikanth ni berlakon. Ala kalau dulu-dulu dia berlakon kan ada banyak sound effect part tumbuk-tumbuk macam bunyik gendang tu. Jangan marah eh. Industri filem kita belum ke tahap tu lagi. Paling terbaik pon keluar filem bermusim. Kalau cite hantu.. sepanjang tahun la keluar cerita hantu yang macam-macam jenis hantu. Dah bosan wat benda yang horror, buat pulak comedy horror. Dah jadi macam Scary Movie kan. Support tu memang support tapi bila terlampau banyak lambakan, jadi macam malas nak tengok gak.

Aktiviti hari ni? Salam Maulidur Rasul iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Kenapa tarikh dan hari ni tak sama? Ia mengikut kepada anak bulan bagi awal bulan. Tolong google.

Pagi berarak, malam lak ada ceramah. Aku sekadar sedekahkan buah-buahan dan kuih pada masjid terdekat untuk buat jamuan pada pagi selepas berarak dan malam selepas ceramah. Cukup setakat yang termampu saje. Kalau tak silap aku tadi petang mmg angin kuat, redup macam nak hujan tapi tak hujan pulak la yek. Berbahang lagi malam ni. Siang hari memang dah cukup panas terik. Cuti sekadar bersantai kat rumah sambil layan Hindustan sampai pukul 5 dan sambung pada Tv9 untuk cerita Spongebob. Tamat.

FootNote ~  Tumpah Sehh air. Abis basah la
Read more

10 February 2012

Call Me V, Anonymous or Guy Fawkes ?

0 EDITOR COMPLAINING

Dah banyak kali gak aku tengok movie V for Vendetta neh dan memang seronok. Untuk pengetahuan korang, kedua-dua gambar di atas dan di bawah ni adalah nama yang sama iaitu Guy Fawkes, orang yang nak cuba letupkan bangunan parlimen di London  tetapi gagal pada 5 Novermber 1605. Ada lebih dari 400 tahun tak? Kata-kata yang orang selalu sebut atau V ni sebut "Remember, remember The 5th of November The gunpowder treason and plot. I know of no reason Why the gunpowder treason Should ever be forgot.". Ayat memang powe abis la.


Kalau korang ada google cerita pasal Guy Fawkes ni dan korang ada tengok filem V For Vendetta memang akan nampak persamaannya. Antara kata-kata yang aku ingat dalam filem ni ialah People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people . Nak kena aku cerita ke maksud yang mendalam tu? hahahah Skang pon kita dapat tengok gak bila topeng ni memang digunakan sebagai tanda protes kepada sesuatu perkara. Umum yang kita tahu ialah kumpulan hackers Anonymous tu sendiri. “The point of wearing the mask is to be able to go to a protest without fear of retribution or aggression from the establishment.” 


Sebelum ni Guy Fawkes pada asalnya dianggap dan di lihat sebagai seorang pengganas yang cuba menghancurkan England tapi sekarang peranan dia telah dilihat sebagai pejuang kemerdekaan dan kebebasan dimana dia menentang penindasan dan politik.

I know his name was Guy Fawkes, and I know that, in 1605, he attempted to blow up the houses of Parliament. But who was he really? What was he like? We are told to remember the idea, not the man, because a man can fail. He can be caught. He can be killed and forgotten. But four hundred years later an idea can still change the world. I've witnessed firsthand the power of ideas. I've seen people kill in the name of them; and die defending them. But you cannot kill an idea, cannot touch it or hold it. Ideas do not bleed, it cannot feel pain, and it does not love. 


FootNote ~  We are told to remember the idea, not the man, because a man can fail. He can be caught. He can be killed and forgotten. But four hundred years later an idea can still change the world.


Read more

09 February 2012

Tetiba jeer?

2 EDITOR COMPLAINING

Ha'a. Memang tetiba je. Rasanya aku memang dalam kategori pengguna tegar yang selalu duk mengadap depan pc. Boleh dikira dengan jam. Kalau 5 jam tido maksudnya baki jam lagi tu aku duk mengadap pc. Ape yang tetiba? Mata aku jadi pedih pulak tengok mende ni. Macam nak berair air jeee mata aku. aiseymen... mana mungkin mengadap depan pc pastu tetiba jadi macam nak nangis. hahaha pelik.

Aku baru nak plan balik kampung esok tapi adoi hai... macam orang kata, merancang kalau tak jadi tu maksudnya memang takde rezeki la kot. Mana rezeki ni eh. hehehe semalaman aku memang dalam situasi kuarantin sebab kepala otak dalam keadaan stress. Stress pasal blog? nop. Kalau blogging ni takdenye yang buat stress. Tapi bila macam-macam duk datang je dalam kepala otak memang selalu sangat la aku boleh stress. Check analytic aku pon tak brape nak bagus sangat. Kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas punya posting, memang mencanak naik je orang baca. heheh Terima kasih pada pembaca.


Musim hujan dah kurang skang kan? Memang panas berbahang je sampaikan ada satu masa tu aku jadi macma malas sangat nak keluar rumah. Yela bila tengok matahari tegak kat kepala. Er.. macam mana aku tahu matahari tegak kat kepala? korang tengok la bayang-bayang korang waktu tengahari dalam pukul 12 ke 1 ke kan, kalau bayang-bayang korang duduk kat bawah tapak kaki korang maksudnya memang matahari tu tegak atas kepala je la.Takde condong ke mana-mana pon. Kan panas terik tu.

FootNote ~ Tetiba je lagi aku macam terhenti. huaagghhh blur pulak.
Read more

What Would My 3D World be with LG Optimus 3D?

0 EDITOR COMPLAINING
Who knows, life in 3D world can be much more easier and the best things are it can be small and easy to carry and you can view it anywhere you like. Imagine the huge Lcd screen with 3D view, 3D glasses or maybe playing games with 3D view can become something compact and easy to carry. Sound so good, right?

With TI OMAP4 chipset, it will be Beyond Dual Core, Tri Dual Technology. I can get all thing dual. It's gonna be double the fun and double the excitement with  a dual-core, dual channel and dual memory architecture based on the ground breaking. Fast and furious data transfer, processor and gaming and i can choose if i want the 2D experience or 3D experience in the faster way. Just push the hot-key-dedicated-menus and voila! immediate access to the 3D experience.


Glasses-free 4.3" Wide Display. I'm not thinking about wearing a 3D glasses while looking at my phone! 3D life experience without using 3D glasses. That is what i'm talking about. To look at the world in a different side or view or should i say view the world in 3D world. Experience the movies, picture and games in 3D. With LG Optimus 3D, i don't need to carry around 3D Lcd tv, game console even the camcoder. Snap, record and view on the spot in 3D.

The good thing with LG Optimus 3D is, i can sharing with my  friend, family or with the love one using Seamless Content Sharing via HDMI/DLNA Share and view 3D videos on a large screen with a HDMI 1.4 connection to a 3D equipped TV or monitor, or with DLNA Certified compatible products. Also, share and view memorable moments in 3D online, by uploading 3D content through the 3D channel on YouTube. 

For me, LG Optimus 3D are really good for me. Record the memory, take a picture and sharing the 3D with at home in 3D lcd screen with family and friend. Remember the sweet and good memory in a better ways. Having a 3D experience with all good friend and family will make my life and my 3D world with LG Optimus 3D , PERFECT.

FootNote ~ Want to know about LG Optimus 3D? click HERE. I'm sure your world will be good as mine.
Read more

08 February 2012

Why Should You Fear SOPA and PIPA?

0 EDITOR COMPLAINING

SOPA or (Stop Online Piracy Act) PIPA, or (Protect Intellectual Property Act)

Kalau korang ada perasan ke tak kan, skang ni dah dimulakan sikit-sikit akta SOPA dan PIPA neh. Bulan lepas aku rasa memang senang nak tengok movie online kat youtube. Search je kat mana-mana dan senang nak tengok tapi skang rasanya dah tak boleh dah kot. Al kisah aku nak mencari balik video yang aku dah tengok atau dengan kata lain movie yang aku dah tengok dan dari yang aku dah subscribe pon aku cari dah takde. Tu tandanya derang dah remove mana-mana video yang memang tak dapat kebenaran atau macam cetak rompak.

Kalau tak silap aku google pon dah UPGRADE polisi derang. Korang dah baca? Ada sesetengah saje yang menentang semua ni. Kalau penggunaan atau maklumat dalam internet ni disekat, rasanya kalau kita nak cari apa-apa sekalipon mesti kena cari kat perpustakaan pulak kan. Ada ke kalau nak cari movie kat perpustakaan? aku rasa takde la kot kan.

Aku sebenarnya tak sokong sangat pasal akta neh sebabnya apa yang kita nak buat ke ape mesti sumber kita pon akan jadi terhad. Kalau maklumat kita di disekat dalam internet ni apa guna internet lak neh kan. Memang agak frust sebab mana-mana movie yang nak dicari tu pon susah. Kalau setakat kat tempat yang boleh dicari tu memang takde masalah.

FootNote ~ Stop Stop Stop.

Read more

07 February 2012

Not Interested

0 EDITOR COMPLAINING

Aku tak tahu nape bila dah banyak sangat movie yang aku dah download, bila nak tengok je terus hilang minat? ke sebab aku dah tengok cerita tu? Dalam kepala aku masih lagi duk flashback satu kejadian yang terjadi kat aku dimana bila aku dah download banyak movie, dengan pelbagai software yang aku kumpul berdekat dan di simpan dalam external hard disk aku, berakhir dengan pc aku yang tak dapat detect external hard disk. Tak patut betol.


Memang terasa dunia siber aku kelam untuk tempoh yang aku tak tahu nak cakap macam mana. Segala penat lelah aku duk download memang hilang macam tu je la. Tu orang kata takde rezeki la wehh... GEDHA ke PASGHAH? damn. Rasa penat pulak nak buat benda yang sama banyak-banyak kali. Kan bagus kalau aku dapat laptop aku yang ada kat adik aku tu. Banyak lagi koleksi movie aku dan software yang penting aku simpan kat situ. Harap-harap takde malapetaka yang menimpa kat laptop aku tu. Sabauuu je laaa

So ape yang kecoh sangat skang kat dunia blogging? hah! rasanya dah lama pulak aku tak mengonline kan diri dah amik tahu hal sekeliling sebabnya kalau dah download ni memang aku dah malas nak bukak benda lain. Yang lain? terpulang la.

FootNote ~ Nak pakai Unifi tapi mahal wehhhhh, baru download cepat sket
Read more

Lelaki Teruna VS Lelaki TAK Teruna,mari tengok2

6 EDITOR COMPLAINING

Antara ciri-ciri lelaki teruna yang boleh dikenal pasti adalah;
-Lelaki teruna suka mengintai atau curi-curi pandang perempuan yang cantik berbanding lelaki yang tiada
teruna lebih gemar melihat susuk tubuh perempuan.
-Lelaki teruna akan tunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi yang gembira seperti mengetap bibir ketika senyuma manakala lelaki tiada teruna hanya memberikan reaksi bersahaja.
-Lelaki teruna tertunduk malu apabila dipandang wanita, lelaki tiada teruna akan terus mengekalkan pandangan.
-Lelaki teruna malu untuk berbicara dihadapan wanita ketika makan.
-Jantung akan berdegup laju apabila mengetahui ada gadis yang menyukainya.
-Lelaki teruna dikatakan agak ‘membosankan’ atau ‘nerd’ ketika bercinta.
-Lelaki teruna sanggup menghabiskan wangnya demi menambat hati si gadis yang di sayangi.
-Lelaki teruna terlalu sensitif dan berasa sedih sekira dirinya diabaikan.
-Lelaki teruna seringmengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan gadis lain tidak cantik.
Pelik, tetapi itulah benar yang ditunjukkan dalam kajian tentang sikap dan diri seorang lelaki yang masih lagi teruna. Memang susah untuk percaya lebih-lebih lagi tiada sesiapa yang mengenali diri seseorang lelaki itu melainkan dirinya sendiri.
Terpulang kepada pembaca sama ada untuk percaya atau tidak memandangkan ini hanyalah pendapat kajian.
Lain orang, lain buah fikirannya dan pegangan amalan.

FootNote ~ i am INESEN huahahahah
Read more

I'm SLOWing dOWN

0 EDITOR COMPLAINING

Nampak gaya aku dah kurang sangat update blog sejak kebelakangan neh. Ada masa rajin dan ada masa malas yang amat sangat. Kalau aku tengok Google Analytic, memang banyak beza sangat-sangat. Jarang update so jarang yang datang baca. Betul tak? Kadang-kadang ada obstacle dalam hidup \yang wat kita kena re-route balik aktiviti yang selalu kita buat.

Hari ni aku tak pergi mana-mana pon sebab aku memang jangkakan yang jalanraya akan jammed. Terbukit menanggalkan kotoran degil sebab bila aku keluar nak beli rokok je tadi, ushar jalan ke bandar memang jammed. Sebab pe? Sebab kuil bagi penganut agama hindu memang ada kat tepi jalan besar. So wonder la boleh jammed teruk kan?

Sebenarnya aku memang ada urusan dengan bank. Urusan dari minggu lepas di mana aku terlambat pegi ke bank. Derang kata kauter tutup pukul 3.50. Er kalau tak silap aku bukan ke kaunter tutup 4.30 ke? So bila kaunter dah tutup awal gitu terpaksa la aku tunda urusan tu ke minggu depan iaitu minggu ni tapi sayang aku terlupa pasal cuti hari isnin dan selasa. Tak ke benda ni dah melambatkan kerja aku? Government cuti sampai hari selasa no wonder gak family aku suma pergi bercuti kat Pulau Tioman. Cuti panjang rupanya. Ok. my bad.

Cuti 4 hari gitu ada gak kengkawan aku yang bersanding, bersalin dan macam-macam lagi tapi tak terdaya aku nak pegi. Maaf semua yek. Hidup aku yang tak bermasyarakat dengan orang ni buat penyakit malas aku makin teruk. Teruk mengalahkan kanser. 

FootNote ~     Happy Thaipusam to all our Hindus friends! . Happy Holiday yek
Read more

01 February 2012

Diaorang dah dapat DUIT RM500

0 EDITOR COMPLAINING


Wow hari tu atau patut aku cakap baru-baru ni dengar ada yang dah dapat baucer RM500 dari BR1M tu. Berpusu gak orang pergi. Aku dengan secara tak rasmi pegi buat liputan sikit. Nak tangkap gambar tapi sayang takde kamera lak. Aku sekadar jadi pemerhati kat sana je la. Untuk kawasan Johor Bahru ni, ada yang derang buat kat Dewan MBJBT Lima Kedai. 

Nape Lima Kedai? Nama tempat tu Lima Kedai. Sejarah pasal tempat tu jangan tanya aku sebab lain tahun aku cerita pasal sejarah. Sebenarnya kan aku memang tak penah pon pegi atau jalan-jalan kat Lima Kedai ni. Dek kerana kesungguhan nak tengok orang dapat duit, (keta dah takde GPS) aku pon meng"google"kan Earth. Nampak macam jauh tapi sebenarnya dekat je. Tak sampai pon setengah jam dari tempat aku.

Untuk pengetahuan korang, Dewan MBJBT Lima Kedai ni kat tepi jalan besar je. Memang tak susah la nak mencari tapi apa yang aku rasa bila sampai kat dewan tu, memang leh geleng kepala sebab orang ramai yang berpusu datang ke dewan tu semuanya parking kat tepi jalan. Jammed? Memang sesak mengalahkan kat bandar. Polis pon lambat datang untuk kawal lalu lintas tapi bagi aku jammed sebab orang nak cari parking kat tepi jalan je so kereta yang belakang tu kena la tunggu.
Proses penyerahan baucer tu tak lama sebab derang susun bukan ikut nama tapi ikut umur. Sape yang paling tua sekali, yang tu la yang pertama. Yang muda lak yang last. Bagus kan sebab kesian la kat orang veteran ni kan. Nak tunggu lama-lama nanti derang penat so kita dahulukan pada warga emas. Yang sihat tubuh badan dan muda-mudi ni boleh la tunggu sekejap. Kat luar dewan tu derang bukak 3 khemah. Aku pergi gak ushar nak tengok apekebenda yang derang wat. Ohhh.... ghupenye tempat kaunter untuk kita semak ic kita. Mana yang dah dapat surat tu boleh terus pegi masuk ke dalam dewan dah yang tak dapat surat tu boleh la semak. Bagus gak gitu tapi yang kesiannya kat derang ni bila yang datang asyik tanya soalan sama dan derang tekun dan sabar duk bagi jawapan yang sama iaitu " SAPA YANG DAH DAPAT SURAT, BOLEH TERUS MASUK DEWAN." Bagus tak macam tu? memang bagus. Melayan karenah pelanggan dan aku tabikkkk gitu. Takde la macam nak tak nak jawab je kan.
Kemudian tahu apa jadi? Lepas dewan sesak, bank pon sesak gak la hahahaha.. dah semua yang dah dapat baucer tu terus pegi tuka kat bank. Proses tak lama mana pon. Tapi ada gak benda yang wat aku nak tergelak sendiri bila ada sorg dua individu macam bangga la dapat RM500 neh. Cakap mau kuat-kuat. Yela aku paham aku tak dapat RM500 tu, korang dapat. Tak payah nak kecoh-kecoh cerita. Ada jugak aku pergi survey kat bank dan kalau nampak macam adegan macam tu,, aku cuma perlu cakap kat diri aku.. sabooo je la wehh... rezeki masing-masing la dah dapat tu.
Untuk yang tak dapat lagi atau dah semak tapi takde nama jangan risau sebab derang bagitahu, kalau takde maksudnya surat tak keluar lagi la tu. Bukan bermaksud GAGAL atau TAK DILULUSKAN.  Rakyat Malaysia berape banyak kan. So memang derang buat batch by batch, Kalau buat sekaligus semua memang jammed yang amat sangat la kan. Kena rasional. Jangan lak check nama takde terus pegi amik isi borang RAYUAN lak. Borang RAYUAN hanya untuk yang GAGAL sahaja. Tu kena paham. Okeyyy

FootNote ~ "Only unsuccessful applicants will be notified to submit an appeal letter."


Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here